lead seal | timah materai; materai timah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Timah materai: Timah yang berlubang yang digunakan untuk mengikat karung.,2. Materai timah: Jenis materai yang diperbuat daripada timah. |
tin plate | plat timah | Kimia | Tiada | Kepingan keluli atau logam lain yang disalut dengan lapisan nipis timah, biasanya sebanyak 1.5% timah, melalui proses penyalutan celup, pengelektrosaduran dan perendaman. Plat timah ini digunakan untuk membuat tin kerana timah tahan kakis. |
fuse wire | dawai fius | Teknik | Elektrik | Dawai yang sesuai untuk dijadikan unsur fius. Dawai fius biasanya dibuat daripada timah, tembaga, tembaga bersalut timah atau aloi timah dan plumbum. |
fuse element | unsur fius | Teknik | Elektrik | Dawai yang disambungkan di antara dua sentuhan pautan fius. Dawai ini dibuat daripada bahan tembaga bersadur timah atau aloi timah plumbum. Kadaran sesuatu fius ditentukan oleh saiz garis pusat unsur ini. Garis pusat yang besar mempunyai kadaran fius besar berbanding dengan yang kecil. |
lode tin | timah lod | Geografi | Tiada | Bijih timah yang terdapat dalam telerang atau fisur. |
molten tin | timah lebur | Geografi | Tiada | Bijih timah yang telah dileburkan. |
lode tin | timah lod | Geologi | Tiada | Bijih timah yang terdapat dalam telerang atau fisur. |
alluvial tin | timah aluvium | Geografi | Tiada | Bijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir |
alluvial tin | timah aluvium | Geologi | Tiada | Bijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir |
bronze | gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Aloi tembaga dan timah yang mempunyai campuran kira-kira 90 peratus tembaga dan 10 peratus timah. Kebanyakan gangsa mempunyai dua elemen ini, namun terdapat juga elemen lain seperti plumbum, arsenik atau antimoni dijumpai di dalamnya. Penambahan bahan timah ke dalam tembaga akan memudahkan kerja membuat acuan untuk menjadikan hujung alat dan senjata lebih keras. Contohnya, gendang, alat perhiasan, senjata dan cangkul. |