Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mang] | تيمڠ

Definisi : menimang, menimang-nimang 1. memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia me-nim­ang-nimang gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbang-nimbang (memper­timbangkan), memikirkan baik-baik: ~ buruk baik sesuatu rancangan; belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah ber­lunjur prb sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud; menimangkan sl mengangkat, mempertim­-bangkan: maka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan; timangan, timang-timangan 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mang] | تيمڠ

Definisi : Jw sj kepala tali pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mang] | تيمڠ

Definisi : ; menimang 1 memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sam­bil melambung-lambungkannya sedi­kit: Ibu itu ~ anaknya. 2 meletakkan sesuatu di tapak tangan dan me­lambung-lambungkannya sedikit: Ia ~-nimang barang itu utk mengagak berat­nya. timangan 1 = anak ~ anak yg sangat dikasihi oleh ibu bapa; anak kesayangan. 2 = nama ~ nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timang
Kata Terbitan : timangan, timang-timangan,

Puisi
 

Kalau tahu lemaknya lada,
     Ambil minyak linang-linangkan;
Kalau nak tahu lemaknya janda,
     Ambil anak timang-timangkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
timangtimangMuzikTiada

Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan de­ngan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. Sinonim pengap.

timang (main bulatan)(Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
joget gamelanjoget gamelanMuzikTiada

 Tarian klasik di istana Pahang dan Terengganu yang wujud pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Tarian klasik diiringi oleh gamelan Melayu. Contohnya, Timang Burung, Togok dan Ayak-Ayak. Lihat juga gamelan Melayu.

puisi lagupuisi laguKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap.
nursery rhymenyanyian anakKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab.
pengappengapMuzikTiada

 Lihat timang.


Kembali ke atas