Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bang] | تيمبڠ

Definisi : sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggung­jawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama ke­duduk­annya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: ke­untung­­an itu ~ dgn kerugian; ~ rengka ber­timbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata ber­balas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehen­daki pembelinya; 2. memikirkan (merenung­kan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: jangan­lah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengen­dah­kan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kera­jaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim­-bangkan; 2. memberikan utk ditim­bang­kan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterang­an yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menim­bang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diper­oleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapat­nya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutus­kannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan pena­sihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menim­bang, tukang timbang; 2. orang yg memper­timbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bang] | تيمبڠ

Definisi : ; ~ terima saling menerima; penyerahan dan penerimaan (ttg tugas, pekerjaan dll). bertimbang berimbang; berpadanan. bertimbang-timbang berfikir-fikir atau berkira-kira (ttg sesuatu). menimbang 1 menyukat atau mengukur berat sesuatu dgn menggunakan dacing dll. 2 memi­kirkan sesuatu perkara dgn sedalam-dalamnya utk menentukan baik bu­­ruk­nya: Dia harus ~ baik buruk perkara itu. mempertimbangkan 1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ per­mohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditim­bang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah. timbangan 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll. pertimbangan hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. pe­nim­­bangan per­buatan atau hal menimbang. pe­nim­bang 1 orang yg tugasnya menimbang. 2 alat utk menimbang. setimbang 1 sama beratnya. 2 sama kedudukannya atau sama darjatnya; sedarjat. 3 se­imbang (ttg hukuman dll); sepadan: Beliau telah menerima hukuman yg ~ dgn ke­jahatannya. menyetimbangkan men­jadikan setimbang (seimbang dsb). kesetimbangan keadaan atau hal setimbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitration awardaward timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeputusan tribunal timbang tara bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian atau menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang bertikai. Keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara ini adalah muktamad dan akan mengikat pihak yang bertikai. Penguatkuasaan sesuatu award timbang tara bergantung pada jenis timbang tara. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bagi timbang tara antara negara contohnya, penguatkuasaannya tidak mempunyai prosedur yang tertentu. Bagi timbang tara komersial antarabangsa pula, keputusan tribunal boleh dikuatkuasakan menerusi mahkamah domestik. Award timbang tara antara negara juga tidak muktamad kerana ia boleh dikaji semula, diperbetul atau dibatalkan dengan cara membawanya semula ke tribunal timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bergantung pada perjanjian timbang tara. Award timbang tara komersial antarabangsa pula adalah muktamad, kecuali menjadi sebaliknya berdasarkan peraturan timbang tara yang mengawal selia sesuatu prosiding timb
arbitration tribunaltribunal timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh lebih daripada seorang individu yang berkelayakan terutamanya dalam bidang undang-undang. Badan ini bertanggungjawab membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bertelingkah. Jumlah anggota tribunal perlu dalam jumlah yang ganjil, contohnya tiga atau lima orang. Cara pemilihan anggota tribunal boleh ditentukan oleh perjanjian timbang tara antara pihak yang bertikai atau berdasarkan kaedah prosedur timbang tara. Dalam timbang tara antara negara, pihak yang bertelingkah boleh mencadangkan anggota dari negara masing-masing tetapi mereka mesti bersetuju melantik anggota berkecuali bagi menganggotai tribunal tersebut. Jika pihak yang bertelingkah gagal mencapai persetujuan, perjanjian timbang tara boleh memberikan kuasa melantik kepada pihak ketiga.
arbitration ruling / awardkeputusan timbang taraPentadbiran PerniagaanTiadaKeputusan yang menyelesaikan perbalahan tentang timbang tara antara dua pihak yang dibawa kepada badan perunding.
arbitrationtimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProsedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertelingkah dalam menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah melalui pihak ketiga. Orang atau pihak yang menyelesaikan sesuatu masalah pertikaian tersebut dikenali sebagai penimbang tara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Keputusan yang dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat. Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. Keputusan penimbang tara dikenali sebagai award.
umpire clausefasal wasitPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam perlindungan insurans harta yang memberikan hak kepada insurer dan pihak menuntut, apabila mereka gagal mencapai persetujuan ke atas amaun kerugian, untuk melantik timbang tara masing-masing. Kedua-dua timbang tara pula perlu bersetuju memilih seorang lagi untuk bertindak sebagai wasit bagi menyelesaikan masalah ini. Keputusan yang dibuat oleh dua daripada tiga individu ini adalah muktamad.
arbitratorpenimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang yang membuat keputusan dalam prosiding penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Pemilihan penimbang tara bergantung kepada persetujuan pihak yang bertikai dan sesuatu kes boleh diputuskan oleh seorang penimbang tara sahaja ataupun lebih. Jika melibatkan lebih daripada seorang penimbang tara, ia dikenali sebagai tribunal timbang tara. Seorang penimbang tara tidak semestinya mempunyai latar belakang perundangan tetapi perlu mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ketua negara atau individu-individu lain yang dihormati oleh kedua-dua pihak yang bertikai juga boleh menjadi penimbang tara. Contohnya, dalam kes Rainbow Warrior antara Perancis dengan New Zealand, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dilantik sebagai penimbang tara.
considertimbang (kan)FizikTiadaTiada
arbitratetimbang taraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
umpiringtimbang taraKesusasteraanTiadaTiada
considertimbang (kan)PendidikanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas