Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dih] | تينديه

Definisi : bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dih] | تينديه

Definisi : ; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ke­tika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertin­dih­an hal bertindih. penindihan per­buatan (hal dsb) menindih atau me­­nin­dihkan. penindih alat utk menindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindih
Kata Terbitan : bertindih-tindih, menindih, penindihan,

Puisi
 

Buah ketapi tindih-menindih,
     Buah kasinar dalam perahu;
Nak berlaki pilih-memilih,
     Nak anyam bujam pun tak tahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Besar hendak melanda,
     panjang hendak melindih.

Bermaksud :

Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
underlaplipat tindih bawah; tindih bawahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
overlaptindih; bertindih; tindihan; tindanan; tindih atasPentadbiran PerniagaanTiada1. Tersusun yang satu di atas yang lain.
lap rivetrivet tindihKejuruteraanTiadaRivet pada sambungan tindih.
riveted lap jointsambungan tindih rivetKejuruteraanTiadaSambungan tindih di antara dua plat yang menggunakan rivet sebagai pengikatnya.
superimposed subtitlesarikata tindihKomunikasiTiadaTerjemahan dialog atau tajuk kecil yang bertindih di atas imej. tajuk kecil tindih.
top stitching hemkelepet jahit tindihKesenianTiadaJahit kemasan hias, khususnya sesuai untuk bahagian kelepet pakaian, manakala bahagian lainnya menggunakan jahit tindih.
clapboard/weatherboardpapan tindihKesenianSeni BinaPapan yang disusun secara mendatar dan bertindih di antara penyokong dinding. Papan ini dipasang pada dinding luar bangunan sebagai kemasan. Ia berfungsi sebagai kerangka yang menopang struktur utama bahagian luar bangunan. Fungsi lain papan tindih ialah sebagai elemen untuk menampakkan unsur keindahan bangunan dan juga sebagai perlindungan daripada cuaca dan pencemaran. Kini, papan tindih terdapat dalam pelbagai jenis, sama ada yang diperbuat daripada kayu, panel PVC, lapisan batu atau logam.
lap windingbelitan tindihTeknikElektrikBelitan angker dalam mesin elektrik yang penghujung setiap gegelungnya berbalik semula ke penukar tertib pada ruas yang bersebelahan. Gegelung ini bertindih di antara satu sama lain dan mempunyai banyak bahagian selari di antara dua berusnya. Belitan tindih digunakan untuk mesin voltan rendah. Sinonim belitan selari.
overlaptindih; bertindih; tindihan; tindananKomunikasi MassaTiadaTiada
overlaptindih; bertindih; tindihan; tindanan; bertindanGeografiTiada2. Istilah yang menggambarkan perhubungan strata batuan pada sebuah lapisan batuan tak selanjar bila lapisan di atas lapisan tak selanjar telah dimendapkan oleh kemaraan laut.
12345678910

Kembali ke atas