Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin di dinding rumah (terdiri drpd berbagai-bagai bentuk) yg dpt dibuka dan ditutup; jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkap (kata nama)
Bersinonim dengan jendela, lubang angin, tabuk, loket, ram.,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
optical rangefinderpenentu julat optikFizikOptikAlat optik untuk mengukur jarak, biasanya dari kedudukan alat tersebut ke titik sasarannya dengan mengukur sudut antara sinar-sinar cahaya yang memasuki alat tersebut menerusi tingkap-tingkap yang berasingan dari sasarannya. Jarak di antara tingkap-tingkap tersebut merupakan jarak asas bagi alat ini.
fanlighttingkap kekipasKesenianSeni BinaTingkap separa bulat yang mempunyai bingkai menegak yang menyerupai kipas. Tingkap jenis ini biasanya dipasang pada bahagian atas pintu atau boleh juga dipasang pada tingkap-tingkap yang lain. Ia boleh berfungsi sebagai unsur penghias pada sesebuah bangunan kerana reka bentuknya yang menarik.
bay windowtingkap unjurKesenianSeni BinaTingkap yang menonjol keluar dari mukaan dinding, tanpa mengira ketinggian. Kebanyakannya berbentuk poligon atau bersegi. Apabila bentuknya melengkung, tingkap ini dinamai tingkap busur. Kebanyakan tingkap unjur pada Zaman Pertengahan adalah daripada jenis tingkap Oriel. Tingkap tersebut bertindak sebagai unsur tambahan yang menjadi sebahagian daripada unsur hiasan. Tingkap unjur juga menjadi satu ciri yang sangat masyhur dalam seni bina Victoria terutama pada kediaman di Kepulauan British bermula dari kira-kira tahun 1870-an dan telah menjadi daya tarikan yang berterusan sehingga kini. Ia digunakan untuk meningkatkan aliran cahaya semula jadi ke dalam bangunan, dan dengan itu menjadikan sesebuah bilik kelihatan lebih besar.
clerestorytingkap cahaya atasanKesenianSeni BinaTingkap yang berada pada kedudukan tinggi di atas paras mata. Pembinaan tingkap sebegini adalah bertujuan untuk membawa cahaya di luar, udara segar atau kedua-duanya masuk ke dalam ruang dalaman. Tingkap seperti ini banyak terdapat di gereja-gereja dan bangunan basilika pada zaman Rom. Dalam seni bina moden, tingkap seperti ini selalunya dipasang di bangunan-bangunan kilang atau rumah kediaman bagi tujuan menggalakkan pencahayaan.
single-hung windowtingkap sorong tunggalKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap yang saling bertindih di antara tingkap bahagian bawah yang boleh bergelungsur secara tegak dan dengan tingkap atas yang dipasak mati.
hopper windowtingkap corongKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap yang daunnya boleh dibuka di arah dalam bangunan dan tingkap tersebut dipangsikan pada satu paksi yang terletak pada ambang tingkap.
fenestrationseni peningkapanKesenianSeni BinaReka bentuk perkadaran saiz, susunan dan peletakan bahagian bukaan dinding bangunan seperti tingkap, pintu dan bumbung. Cara peletakan dan kerja-kerja melengkapkan struktur binaan ini boleh menghasilkan rekaan seni peningkapan yang berupaya menarik perhatian. Contohnya, reka bentuk tingkap kekipas, tingkap cahaya atasan dan tingkap unjur.
louvertingkap berbilahKesenianSeni BinaTingkap yang mengandungi susunan bilah-bilah dengan sudut sendeng tertentu sama ada berkedudukan tetap atau boleh laras. Ia bertujuan untuk membolehkan kemasukan cahaya matahari dan udara serta untuk menahan kemasukan air hujan melalui bukaan tersebut. Kini, tingkap berbilah bukan sahaja terdapat pada tingkap tetapi juga pada pintu, dinding atau siling bangunan. Di rumah-rumah Melayu tradisional, tingkap berbilah biasanya diperbuat daripada kayu.
louvertingkap berbilahKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap yang mengandungi susunan bilah tingkap dengan sudut sendeng tertentu untuk menghalang air hujan daripada masuk melalui bukaan tersebut.
storm windowtingkap ributKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap yang dibina hampir bertindih dengan tingkap kaca dalam, untuk memberikan rintangan terma serta mengurangkan penyusupan udara.
12345678910...

Kembali ke atas