tyranny | tirani | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dalam pemikiran klasik, tirani bermaksud penyalahgunaan kuasa oleh seorang raja yang memerintah menurut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Secara umumnya, tirani merujuk kepada penyalahgunaan kuasa paksaan pemerintah apabila tiada kuasa undang-undang. Dalam keadaan ini, kerajaan dikuasai oleh seorang diktator yang memerintah mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kepentingan atau kebajikan rakyat. Contohnya, pemerintahan Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler. |
tyranny | tirani/kezaliman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
tyranny | tirani | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat kezaliman. |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi. |
tyranny | kezaliman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang tidak menurut garis peraturan sama ada perlembagaan, undang-undang atau adat yang telah diterima. Pemerintahan jenis ini dikategorikan sebagai kejam dan dilakukan oleh pemerintah yang memiliki kuasa mutlak. Dalam pemerintahan ini, mahkamah dan dewan legislatif tidak berfungsi serta gagal memberi semakan dan imbangan kepada pemerintah. Contohnya, Iran di bawah Shah Iran Pahlavi dan Stalin di Soviet Union. Sinonim tirani. |