Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.roid] | تيرويد

Definisi : kelenjar ~ (Bio) organ (terletak di bahagian hadapan leher) yg mengeluarkan sj hormon utk mengawal kadar pertumbuhan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.roid] | تيرويد

Definisi : , = kelenjar ~ ist kelenjar yg merembeskan hormon tiroksina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiroid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithyroid drugdrug antitiroidFarmasiFarmakologiAgen yang mengurangkan aktiviti tiroid dan kesan hormon tiroid dengan cara mengganggu sintesis hormon tiroid, mengubah suai tindak balas tisu kelenjar tiroid terhadap hormon tiroid atau memusnahkan tisu kelenjar tiroid. Agen ini termasuklah tioamida (propiltiourasil, metimazola, karbimazola), perencat anion (perklorat), iodida dan radioiodin. Kegunaan utama agen ini adalah untuk merawat hipertirodisme.
antithyroidantitiroidFarmasiFarmakologiAgen yang berupaya mengurangkan aktiviti dan kesan hormon tiroid yang berlebihan. Hormon tiroid ialah sejenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid untuk mengawal pelbagai proses metabolik tubuh.Antitiroid bertindak dengan cara mengganggu penghasilan hormon tiroid, mengurangkan kesan hormon tiroid pada tisu tubuh atau memusnahkan tisu pada kelenjar tiroid. Agen ini terbahagi kepada beberapa kumpulan, iaitu tioamida, penghalang anion, iodida dan iodin radioaktif.
toxic goitregoiter toksikPerubatanTiadaGangguan yang ditandai dengan pembesaran kelenjar tiroid dan perembesan hormon tiroid yang berlebihan. Antara gejalanya temasuklah denyutan nadi yang cepat, eksoftalmos, iaitu mata yang terbonjol, pengeluaran peluh yang berlebihan dan perangsangan saraf simpatetik. Sin: hipertiroidisme, tirotoksikosis
antithyroid drugubat antitiroidPerubatanTiadaUbat yang digunakan dalam rawatan penyakit tirotoksikosis, iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid secara berlebihan. Terdapat pelbagai kumpulan antitiroid seperti tioamida, iodida dan iodin radioaktif. Ubat ini bertindak sama ada merencat penghasilan hormon tiroid atau memusnahkan sel tiroid. Contohnya, Carbimazole, Propylthiouracil dan Iodin.
thyroid hormonehormon tiroidBiologiFisiologiHormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid, iaitu tiroksina dan tri-iodotiroksina. hormon ini mengandungi iodin dan berfungsi meningkatkan proses pengoksidaan di dalam badan dan memulakan beberapa proses lain, misalnya metamorfosis pada berudu.
thyroid seekerpencari tiroidKejuruteraanTiadaUnsur yang cenderung untuk bergabung dengan tiroid berbanding dengan tisu lain in vivo.
thyroidtiroidBiologiHistologi dan SitologiSesuatu yang berbentuk perisai dan berkait dengan kelenjar tiroid. tireoid.
thyroid seeking elementpencari tiroidKejuruteraanTiadaUnsur yang cenderung untuk bergabung dengan tiroid berbanding dengan tisu lain in vivo.
thyroid hormonehormon tiroidPerubatanTiadaHormon terbitan tirosina yang mengandungi iodin, yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Hormon ini yang terdiri daripada tiroksina (T4) dan triodotironina (T3) diperlukan untuk metabolisme sel yang normal. Kekurangan hormon ini mengakibatkan miksedema pada orang dewasa atau kreatinisme pada kanak-kanak, manakala perembesannya secara berlebihan mengakibatkan tirotoksikosis.
thyroxinetiroksinaKimiaBiokimiaBahagian aktif kelenjar tiroid yang digunakan dalam bentuk garam natrium untuk terapi hipotiroidisme atau apabila tiroid tidak berfungsi.
12345678910...

Kembali ke atas