DDT | DDT | Biologi | Ekologi | Nama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara. |
sclerenchyma | sklerenkima | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Tisu vesel tumbuh-tumbuhan yang berdindingkan lignin tebal dan kurang atau tanpa mengandungi sebarang unsur hidup. Tisu ini bertindak sebagai sokong dan pelindung tisu lembut yang terdapat di bawahnya. 2 Tisu keras karang. |
adhesion | pelekapan; pelekatan; lekatan | Perubatan | Tiada | 1. Pautan abnormal tisu-tisu berhampiran yang lazimnya berpisah. 2. Pelekapan dentur atas mukosa lelangit tanpa bantuan pegangan lain. |
slough | selumur | Perubatan | Tiada | 1. Tisu nekrosis yang sedang menanggal daripada tisu hidup. 2. Kulit ular atau kelongsong ubat yang tertanggal. |
callus | kalus | Bioteknologi | Tiada | 1. Tisu yang membentuk lapisan di permukaan kulit tumbuh-tumbuhan yang luka. 2. Tisu kecil dan keras yang tumbuh dengan aktif tanpa pembezaan pada medium pepejal seperti medium kultur. |
fat body | jasad lemak | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Tisu yang banyak mempunyai saluran darah yang mengandungi globul lemak dan bersambung dengan gonad pada amfibia. 2. Organ subkulitan pada sepanjang sisi ventral Lacertilia dan akan membesar apabila musim membiak. 3. Tisu yang bentuknya tak menentu yang terdapat di seluruh tubuh serangga dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan. tisu adipos; korpus adiposum; epiplun. 4. Lemak yang disimpan sebagai makanan simpanan terutama pada biji tumbuh-tumbuhan. |
context | konteks | Biologi | Mikologi | 1. Tisu yang melapisi himenofor di bahagian dalam jasad buah, pada spesies kulat insang (Hymenomycetes). 2. Bahagian isi agarik dan bolet. |
fibre | gentian | Kimia | Tiada | 1. Tisu atau gel panjang yang menyerupai benang yang terdapat pada tumbuhan atau haiwan. 2. Bahan yang disediakan daripada polimer yang berberat molekul tinggi. |
epithem | epitem | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Tisu tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada sel yang khusus dan ruang antara sel yang membentuk hidatod. 2. Lapisan perembes yang nektari. 3. Bahagian paruh burung yang keras. |
collenchyma | kolenkima | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Tisu parenkima sokong periferi yang mempunyai sel seakan-akan membujur dan tebal, sama ada di sudut atau di dinding yang bersambung dengan ruang antara sel, atau secara bertangen. 2. Lapisan tengah sesuatu span. |