Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.ka/] | توکق

Definisi : sj penyakit kulit, borok; bagai ~ lekat di kening prb malu yg tidak dapat disembunyikan; bagai rupa ~ dibasuh prb sangat buruk rupa; bertokak menghidap tokak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ka/] | توکق

Definisi : menokak menggigit (bkn anjing, harimau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ka/] | توکق

Definisi : 1. sj ikan laut, Bodianus diana; 2. sj ikan laut, Choerodon schoenleini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ka/] | توکق

Definisi : nama sj penyakit kulit yg kelihatan spt kudis, Blastomycosis (Saccharomycosis) hominis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tokak

Peribahasa

Kudis menjadi tokak.

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crater spottokakBiologiPatologiGejala berupa lekukan besar pada permukaan perumah. Gejala ini nampak seperti kawah gunung berapi.
Ekor kucingAcalypha hispidaPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan jenis renik dengan ketinggian hingga 2 m. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavanoid, saponin dan tanin.
Acalypha hispidaekor kucingHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae jenis renek dengan ketinggian sehingga 2 meter. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk merawat bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavonoid, saponin dan tanin.

Kembali ke atas