detoxification | penyahtoksikan | Kimia | Tiada | 1. Pengurangan sifat toksid pada bahan beracun. 2. Proses menghentikan atau menurunkan kesan fisiologi sesuatu dadah atau dahan. |
uranium | uranium | Fizik | Atom dan Nuklear | Unsur logam dalam siri aktinida, simbol U, nombor atom 92 dan berat atom 238.03. Unsur ini sangat toksid dan bersifat radioaktif, mencucuh secara spontan di udara dan bertindak balas dengan hampir semua unsur bukan logam, bertakat lebur 1132⁰C dan bertakat didih 3818⁰C. Uranium digunakan sebagai bahan api nukleus. |
nimbyism | nimbisme | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Fahaman yang menentang usaha meletakkan sesuatu projek atau bahan tertentu berdekatan dengan kawasan kediaman atau tempat kerja walaupun penting untuk individu dan masyarakat. Contohnya, bahan pembuangan toksid, insinerator, tempat pelupusan sampah, janakuasa nuklear, penjara atau hospital mental. Individu atau kelompok akan menentang keputusan kerajaan yang mahu membina projek ini yang dirancang berhampiran kediaman mereka. Istilah ini adalah merupakan singkatan kepada NIMBY atau not in my back yard. |