toxemia | toksemia | Biologi | Fisiologi | Keadaan toksik akibat terdapatnya bahan toksik di dalam darah yang dihasilkan oleh badan atau mikroorganisma. Dinamakan juga toksisemia, toksikomia. |
toxic compound | sebatian toksik | Veterinar | Tiada | Sebatian yang boleh menyebabkan keracunan dan penyakit metabolik pada ternakan. Terdapat tiga golongan sebatian toksik iaitu yang sedia wujud dalam makanan, yang tercemar semasa pemprosesan atau akibat daripada kesilapan pemberian makanan. Contoh golongan sebatian toksik yang wujud dalam makanan ialah kandungan kuprum yang tinggi dalam mil isirung kelapa sawit (PKC) dan kandungan hidrogen sianida dalam ubi kayu. Contoh golongan sebatian toksik yang tercemar semasa pemprosesan ialah aflatoksin daripada jagung berkulat dan pencemaran daripada pestisid dan dioksin. Manakala contoh golongan sebatian toksik akibat kesilapan pemberian makanan ialah pemberian vitamin larut lemak (A, D dan E), penambahan unsur-unsur surih seperti selenium dan molibdenum serta urea yang berlebihan dalam makanan. |
dichlorodiethyl sulphide | diklorodietil sulfida | Kimia | Tiada | Sebatian organik, formula S(CH2CH2CI)2, takat beku 14oC, takat didih 228oC, wujud dalam bentuk cecair berminyak, berwarna kuning, berbau tengit, dan sangat toksik. Kesan toksik ini dapat didekontaminasikan dengan kloroamina dan serbuk peluntur. Sebatian ini diperoleh daripada tindak balas etena dengan sulfur klorida, S2CI2. Diklorodietil sulfida digunakan dalam sintesis kimia organik dan perubatan. Nama umunya ialah gas mustard. |
detoxification | penyahtoksikan | Farmasi | Farmakologi | 1. Pengurangan kesan toksik sesuatu bahan. 2. Rawatan yang direka bentuk untuk membantu penyembuhan daripada kesan toksik sesuatu drug atau sebatian. 3. Penyingkiran atau penyahaktifan bahan toksik daripada badan melalui satu atau lebihkaedahseperti meningkatkan penyingkiran melalui ginjal, pengkelatan, penjerapan menggunakan arang teraktif, antidot, lavaj gaster atau secara fisiologi melalui metabolisme pada hepar.Sinonim detoksifikasi. |
toxicant | bahan toksik | Biologi | Fisiologi | Bahan yang boleh memberikan kesan toksik atau keracunan. |
toxicant | bahan toksik | Kimia | Tiada | Bahan yang boleh memberikan kesan toksik atau keracunan. |
toxic | toksik | Biologi | Fisiologi | Suatu keadaan yang diakibatkan oleh sifat sesuatu bahan toksik. |
toxic therapeutic ratio | nisbah terapeutik toksik | Perubatan | Tiada | Nisbah paras ubat tertinggi dalam darah sebelum terhasilnya kesan toksik berbanding dengan paras minimum ubat yang dapat menghasilkan kesan terapeutik. Lebih besar nisbah ini, lebih selamat sesuatu ubat itu digunakan dan lebih besar julat dosnya. |
antagonism | antagonisme | Biologi | Fisiologi | Kebolehan sesuatu bahan toksik untuk menurunkan atau merencat/menghapus kesan bahan toksik yang satu lagi. |
toxicity | ketoksikan | Farmasi | Farmakologi | 1. Keadaan toksik atau beracun. 2. Suatu tahap yang menunjukkan sesuatu bahan itu adalah toksik dan boleh membawa kepada bahaya atau kematian. |