Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.man] | تومن

Definisi : 1. sj ikan darat, Ophicephalus micro­peltes; 2. sj aruan, haruan, ruan, Ophicephalus striatus; 3. = ~ barung = ~ bunga sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; 4. = ~ ekor kuang sj ikan darat, Ophilcephalus mela­noptera; spt ~ makan anak prb orang yg berbuat sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toman

Puisi
 

Pokok pisang beranak banyak,
     Ikan toman dibelah dua;
Minta maaf banyaklah banyak,
     Habislah teman kita berdua.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carnivorekarnivorPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Haiwan ini biasanya mempunyai gigi yang tajam dan usus yang pendek. Contohnya, ikan toman, haruan dan yu.
river fishingpancing sungaiPerikananTiadaAktiviti memancing ikan di sungai, laut, pantai atau tasik. Pemancing akan menggunakan joran dan tali pancing yang tertentu. Ikan yang biasa dipancing ialah kelah, baung, toman dan sebarau.
life baitumpan hidupPerikananTiadaSebarang umpan semula jadi yang masih hidup seperti cacing, berenga atau ikan kecil yang digunakan untuk memancing. Umpan ini biasanya digunakan untuk menangkap ikan pemangsa seperti ikan toman, haruan dan siakap.
ambushing predatorspemangsa hendapPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu.
game fish/fun fishikan rekreasiPerikananTiadaIkan air tawar atau air masin yang disenaraikan sebagai ikan yang berpotensi untuk aktiviti sukan. Kebanyakan ikan ini terdiri daripada jenis ikan pemangsa yang bersifat suka merentap dan melawan. Tindak balas yang terhasil daripada ikan rekreasi merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi pemancing. Contohnya, ikan toman, mersuji dan tenggiri.

Kembali ke atas