laser vision | tontonan laser | Pendidikan | Tiada | Pertunjukan video melalui proses laser. |
show | wayang | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lakon untuk tontonan umum. Dalam kesenian tradisional Melayu, terdapat jenis-jenis wayang seperti wayang kulit, wayang Parsi atau bangsawan, wayang wong dan wayang golek. Dalam pengertian moden, wayang atau wayang gambar merujuk kepada filem. |
concert | konsert | Kesenian | Tiada | Persembahan muzik melibatkan pemain yang ramai untuk tontonan umum. |
minute-by-minute profile | profil minit ke minit | Komunikasi | Korporat | Pola tontonan rancangan radio dan televisyen yang diperoleh hasil kajian penarafan yang dibuat oleh syarikat penarafan yang dilantik berdasarkan pendedahan khalayak dari minit ke minit. Penarafan secara minit ke minit ini menjelaskan kedudukan jumlah khalayak sesuatu rancangan secara terperinci. Pemantauan secara terperinci ini boleh membantu pengiklan mengenal pasti jumlah khalayak yang bertambah atau menurun bagi sesuatu detik masa. Hasil penarafan ini turut membantu pihak perancang media dalam agensi pengiklanan untuk mengenal pasti titik masa yang sesuai untuk meletakkan iklan mereka. |
Konzert (G) | Konzert | Kesenian | Tiada | Persembahan muzik melibatkan pemain yang ramai untuk tontonan umum. [Sinonim dengan istilah concert]. |
staging | pementasan | Komunikasi | Tiada | Aktiviti mempersembahkan lakonan, nyanyian dan sebagainya untuk tujuan tontonan atau rakaman. |
court drama | drama istana | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk hiburan yang dipersembahkan di istana raja pada zaman dahulu khusus untuk tontonan kalangan istana dan kaum bangsawan. |
immediate experience | pengalaman semerta | Pendidikan | Tiada | Pengalaman sekarang dan berterusan yang diperolehi melalui penglibatan sendiri dan bukan daripada tontonan filem televisyen, gambar dan sebagainya. |
play | lakon; main;; lembaran(benang) | Kesusasteraan | Tiada | Pementasan atau persembahan utama atau aksi mimik khususnya drama yang dipentaskan untuk tontonan orang ramai. |
picket | piket | Ekonomi | Tiada | Perhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum. |