Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara (yg dibincangkan, diper­cakapkan, dipelajari, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara yg dibincangkan, di­bualkan, dipelajari, dll: “Bagaimana pelajaran sekarang?” Mustaza membuka ~ perbualan. bertopik mempunyai topik: karya yg tidak ~. bertopikkan mempunyai sesuatu sbg topik: perbualan yg ~ hal semasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata topik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
newsgroupkumpulan beritaTeknologi MaklumatTiadaSatu kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik tertentu di dalam Internet. Mesej yang dijanakan oleh pelanggan dalam kumpulan ini, boleh dicapai oleh semua pelanggan kumpulan perbincangan ini. Kumpulan ini dikenali sebagai forum dalam talian. Contoh kategori topik utama ialah news(berita), rec(rekreasi), comp(komputer), sci(sains) dan soc(persatuan). Untuk mereka yang berminat tentang hal ehwal Malaysia terdapat kumpulan berita Malaysia.culture.soc. Sinonim forum dalam talian
poure mathematicsmatematik tulenMatematikTiadaCabang matematik yang melibatkan pengajian sistem dan struktur matematik secara abstrak. Istilah ini biasanya digunakan dalam kurikulum peringkat universiti untuk meliputi topik seperti analisis, algebra, geometri dan topik lain yang berkaitan. Bandingkan matematik gunaan.
topical studykajian topikPerpustakaanTiadaTiada
topics for censusestopik banciSosiologiTiadaTiada
taught curriculumkurikulum pengajaranPendidikanTiadaPengajaran topik atau bidang kurikulum bertulis yang dilaksanakan di bilik darjah.
stemmatic methodkaedah stematikKesusasteraanTiadaMembandingkan beberapa naskhah mengenai satu topik untuk mencari teks yang paling mendekati teks asli dengan menggunakan data-data dari naskhah tersebut. Contoh: kajian terhadap teks Wangbang Wideya yang di selenggarakan oleh S.O. Robson.
monographmonografKesusasteraanTiadaKarangan yang sempurna, lengkap dan mendalam mengenai sesuatu topik kajian.
documentary analysisanalisis dokumentariPendidikanTiadaAnalisis kandungan dokumen secara sistematik untuk menyiasat topik atau tema tertentu.
table talkbicara santaiKomunikasi MassaTiadaPerbualan atau perbincangan tidak rasmi tentang pelbagai topik semasa makan atau selepasnya di meja makan.
computer securitykeselamatan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSubbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi
12345

Kembali ke atas