tangentiality | tangentialiti | Perubatan | Psikiatri | Gangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik. |
newsgroup | kumpulan berita | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik tertentu di dalam Internet. Mesej yang dijanakan oleh pelanggan dalam kumpulan ini, boleh dicapai oleh semua pelanggan kumpulan perbincangan ini. Kumpulan ini dikenali sebagai forum dalam talian. Contoh kategori topik utama ialah news(berita), rec(rekreasi), comp(komputer), sci(sains) dan soc(persatuan). Untuk mereka yang berminat tentang hal ehwal Malaysia terdapat kumpulan berita Malaysia.culture.soc. Sinonim forum dalam talian |
poure mathematics | matematik tulen | Matematik | Tiada | Cabang matematik yang melibatkan pengajian sistem dan struktur matematik secara abstrak. Istilah ini biasanya digunakan dalam kurikulum peringkat universiti untuk meliputi topik seperti analisis, algebra, geometri dan topik lain yang berkaitan. Bandingkan matematik gunaan. |
topical study | kajian topik | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
topics for censuses | topik banci | Sosiologi | Tiada | Tiada |
taught curriculum | kurikulum pengajaran | Pendidikan | Tiada | Pengajaran topik atau bidang kurikulum bertulis yang dilaksanakan di bilik darjah. |
stemmatic method | kaedah stematik | Kesusasteraan | Tiada | Membandingkan beberapa naskhah mengenai satu topik untuk mencari teks yang paling mendekati teks asli dengan menggunakan data-data dari naskhah tersebut. Contoh: kajian terhadap teks Wangbang Wideya yang di selenggarakan oleh S.O. Robson. |
e-discussion | e-perbincangan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial. |
monograph | monograf | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang sempurna, lengkap dan mendalam mengenai sesuatu topik kajian. |
documentary analysis | analisis dokumentari | Pendidikan | Tiada | Analisis kandungan dokumen secara sistematik untuk menyiasat topik atau tema tertentu. |