invalid transaction | transaksi tidak sah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Transaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut. |
data base transaction | transaksi pangkalan data | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS. |
OLTP (online transaction processing) | OLTP (pemprosesan transaksi dalam talian) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemprosesan transaksi dalam talian dalam masa nyata. Contohnya mesin ATM, e-bank dan pengeluaran tiket kapal terbang. |
Secure Electronic Transaction (SET) | transaksi elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang direka bentuk untuk menjamin transaksi kad kredit dalam Internet lebih selamat. Nombor kad kredit akan disulitkan supaya nombor kad kredit sukar dicuri oleh pedagang atau orang lain yang tidak bertanggungjawab. Hanya syarikat kad kredit yang boleh menyahsulit nombor kad kredit tersebut. |
electronic cash | wang tunai elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama generik bagi sistem kewangan yang melaksanakan transaksi melalui media elektronik. Sistem ini digunakan untuk transaksi tunai melalui Internet atau sistem penyimpanan nilai digital untuk urusan jual beli dan bayaran perkhidmatan. Pemindahan Dana Elektronik (EFT), Touch n Go dan MEPS Cash pada MyKad adalah contoh wang tunai elektronik. Juga dikenali sebagai wang elektronik dan wang digital. |
electronic cash | wang tunai elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama generik bagi sistem kewangan yang melaksanakan transaksi melalui media elektronik. Sistem ini digunakan untuk transaksi tunai melalui Internet atau sistem penyimpanan nilai digital untuk urusan jual beli dan bayaran perkhidmatan. Pemindahan Dana Elektronik (EFT), Touch n Go dan MEPS Cash pada MyKad adalah contoh wang tunai elektronik. Juga dikenali sebagai wang elektronik dan wang digital. |
timestamp | cap masa | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rekod masa atau tarikh yang ditulis pada suatu transaksi, mesej, atau data dengan tujuan membezakannya daripada yang lain. Cap masa digunakan untuk mencegah pengulangan sesi komunikasi yang mungkin boleh digunakan dalam pemalsuan transaksi elektronik. Cap masa juga kerap digunakan apabila tiada ciri lain yang boleh membezakan dua atau lebih transaksi, mesej atau data tersebut. |
relational database | pangkalan data hubungan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli. |
transactions | transaksi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
transaction | transaksi/urus niaga | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |