Muzik yang dipopularkan di seluruh dunia oleh syarikat ra-kaman yang besar seperti CBS, EMI, Sony, BMG dan Polygram Philips. Kempen pemasaran melibatkan filem, video, televisyen, radio, piring hitam, kemeja-T dan poster. Contohnya, lagu Frozen yang dinyanyikan oleh Madonna, Sometimes oleh Britney Spears dan Beat It oleh Michael Jackson.
Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa.
Thanks for clicking. That felt good.