Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trau.ma.tik] | تراوماتيک

Definisi : amat mengejutkan sehingga me­ning­galkan kesan yg mendalam, menakutkan dan berpanjangan (bkn pengalaman, kejadian dsb): kanak-kanak ini biasanya akan mengasingkan diri, muram dan tidak mahu bercakap setelah mengalami peristiwa yg amat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trau.ma.tik] | تراوماتيک

Definisi : sangat mengejutkan hingga meninggalkan kesan yg mendalam dan berpanjangan: Mereka ketakutan setelah mengalami kejadian yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata traumatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traumatic occlusionoklusi traumatik; oklusi traumaPerubatanTiadaOklusi gigi yang menyebabkan kecederaan pada struktur mulut.
traumatic woundluka traumatikPerubatanTiadaLuka yang bercirikan kerosakan pada integriti kulit dan tisu yang tertanggal akibat kecederaan.
traumatic pulp exposurependedahan pulpa traumatikPergigianTiadaPendedahan tisu pulpa yang disebabkan oleh kecuaian perawat semasa prosedur penyediaan kaviti. Biasanya pulpa akan memberi tindak balas yang baik kepada pendedahan jenis ini jika perawat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menutup pendedahan tersebut.
fuguefugPsikologiPsikologi UmumSimptom atau episod reaksi disosiatif yang melibatkan penghijrahan individu ke luar rumah tanpa dirancang terlebih dahulu atau keliru dengan personalitinya. Tindakan ini dikaitkan dengan kejadian yang sangat traumatik sehingga individu memaksa diri untuk melupai personalitinya atau melarikan diri daripada situasi sebagai satu cara melindungi diri daripada kebimbangan yang tidak dapat dibendung.
posttraumatic stress disorderkecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiPsikologi UmumReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.
retrograde amnesiaamnesia retrogredPsikologiPsikologi UmumKecelaruan ingatan yang menyebabkan individu tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sebelum berlakunya kecelaruan tersebut. Contohnya, individu yang mengalami trauma di kepala tidak berupaya untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum kejadian traumatik tersebut.

Kembali ke atas