tropical storm | ribut tropika | Sains | Hidrometeorologi | 1. Kenyataan umum bagi sebarang lekukan yang berasal dari tropika. 2. Taburan tropika dengan laju maksimum angin kurang daripada kira-kira 34 knot. kriteria berubah mengikut perjanjian wilayah antara Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. |
tropical depression | lekukan tropika | Sains | Hidrometeorologi | 1. Istilah umum bagi sebarang tekanan rendah yang berasal dari tropika. 2. Gangguan tropika dengan kelajuan angin maksimum kurang daripada kira-kira 34 knot. |
tropical air | udara tropika | Sains | Hidrometeorologi | Jenis udara yang cirinya berkembang di kawasan latitud rendah. Udara tropika kelautan , iaitu jenis yang utama, dihasilkan di laut tropika dan subtropika. Ia amat hangat dan lembap, dan selalunya bertiup ke kutub di sebelah rusuk barat tekanan tinggi subtropika. Udara tropika kebenuaan dihasilkan di kawasan gersang subtropika, dan ia panas serta sangat kering. |
recurvature | pelengkungan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perubahan arah pergerakan siklon tropika yang selalunya berlaku semasa siklon tropika bergerak di latitud tengah. Di hemisfera utara siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat laut melengkung ke arah timur laut. Di hemisfera selatan, siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat daya melengkung ke arah tenggara. |
savana | savana | Geografi | Tiada | Padang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak. |
savana | savana | Geologi | Tiada | Padang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak. |
acacia | akasia | Geografi | Tiada | Suatu genus tumbuhan daripada famili Leguminosae yang didapati dalam rantau tropika dan sub-tropika. |
climatic climax | klimaks iklim | Biologi | Ekologi | Klimaks komuniti yang terbentuk akibat pengaruh iklim, misalnya hutan tropika di kawasan tropika. |
tropical cyclone | siklon tropika | Sains | Hidrometeorologi | Siklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit. |
tropical cyclone | siklon tropika | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 hpa), angin kencang dan hujan curah; kadangkala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit. |