tualang | tualang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama paiwai bagi kayu Koompassia excelsa daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Sabah mengaris, dan di Sarawak kayu raja dan tapang. Gubal kayu tualang berwarna coklat kekuningan, dan amat mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, kecuali pada bahagian yang mengandungi floem terkandung. Ira kayunya bersimpul atau sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu lambat mengering serta mengalami retak hujung dan retak permukaan, sederhana tahan tetapi mudah diawet. Kayu tualang yang sudah diawet sesuai untuk kerja binaan berat seperti tiang, rasuk, kayu landasan kereta api, dan tiang eletrik. Kayu ini juga boleh digunakan untuk membuat lantai parket dan perabot kegunaan berat. |
emergent tree | pokok munculan | Biologi | Ekologi | Sebatang silara pokok yang lebih tinggi daripada kanopi hutan yang selari. Misalnya, pokok meranti sarang punai, Shorea parvifolia, dan pokok tualang, Koompassia exelsa merupakan pokok munculan di hutan tanah pamah dipterokarpa. |
buttress root | akar banir | Biologi | Ekologi | Akar yang terdapat dipangkal pokok besar yang menyerupai papan dan berfungsi sebagai penyokong. Akar banir boleh dilihat pada pokok meranti bukit. Shorea curtisii atau pokok tualang Koompassia excelsa. |
aliform parenchyma | parenkima aliform | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Parenkima paratrakea yang berbentuk unjuran seperti sayap atau mata apabila dilihat pada keratan rentas. Misalnya, parenkima aliform jelas kelihatan pada kayu kempas, tualang, dan merbau. |
buttress | banir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Rabung kayu yang terbentuk pada sudut di antara akar sisi dan bahan pangkal batang kayu, memgunjur ke atas hingga beberapa kaki di atas tanah. Misalnya bani kayu tualang dan merbau. |
apiculture | apikultur | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak. |
spring board, staging, jigger | papan penebang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan pendek berukuran lebih kurang 1 m panjang yang digunakan untuk memudahkan proses menebang pokok pada paras yang tidak tercapai dari aras permukaan tanah. Papan penebang ini disarung dengan besi pada satu hujung, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam takik pada batang pokok untuk memudahkan penebang berdiri. Papan ini digunakan semasa menebang pokok yang berbanir tinggi seperti kayu merbau atau tualang. |