lanugo | lanugo | Perubatan | Tiada | 1. Bulu halus yang menutupi tubuh fetus manusia pada bulan keempat kandungan.,2. Bulu roma yang halus. |
lanugo | lanugo | Perubatan | Tiada | 1. Bulu halus yang menutupi tubuh fetus manusia pada bulan keempat dalam kandungan. 2. Bulu roma yang halus. |
capillary | kapilari | Perubatan | Tiada | Saluran halus yang menyambungkan arteriol dengan venul. Saluran ini membentuk rangkaian meluas di seluruh tubuh yang befungsi untuk petukaran pelbagai bahan termasuk cecair, di antara ruang peredaran darah dengan ruang cecair tisu. |
thrill | gentaran | Perubatan | Tiada | Gegaran atau getaran halus yang dirasai apabila tapak tangan atau hujung jari diletakkan ke atas tubuh. |
miliary tuberculosis | tuberkulosis miliari | Perubatan | Tiada | Tuberkulosis menyeluruh yang akut dan teruk, yang berlaku apabila tuberkel halus terbentuk pada beberapa organ akibat sebaran basilus tuberkulosis ke seluruh tubuh melalui edaran darah. Penyakit ini diiringi dengan demam yang tidak menentu dan beberapa gejala serebrum. |
nanobiocensor | nanobiosensor | Pertanian | Agroteknologi | Alat seperti biosensor tetapi menggunakan pengesan dalam bentuk nano (halus). Nanobiosensor termasuk bahan seperti DNA, enzim dan antibodi yang dapat mengesan bahan yang diukur. Contohnya, untuk mengesan sama ada sel kanser terdapat dalam tubuh seseorang, nanobiosensor yang digunakan ialah antibodi yang mengenali sel kanser tersebut. Apabila antibodi mengesan sel kanser, ia akan menyebabkan suatu tindak balas antara sel kanser dengan antibodi dan perubahan ini dapat dikesan menggunakan pengesan elektrokimia. |
adrenaline | adrenalina | Farmasi | Farmakologi | Hormon yang dirembes oleh saraf adrenergik dan bahagian medula kelenjar adrenal. Secara amnya, hormon ini ialah sejenis bahan katekolamina yang bertindak sebagai perangsang endogenus yang kuat. Kehadirannya dalam darah boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, peningkatan kadar pernafasan dan pengembangan salur darah halus. Hormon ini membantu tubuh supaya bersedia menghadapi keadaan cemas dan kesannya berguna untuk tindak balas 'lawan atau lari'. Hormon ini juga boleh dihasilkan secara sintetik dan bertindak sebagai agen vasokonstriktor, antispasmodik dan simpatomimetik, dan digunakan untuk melegakan simptom alergi seperti urtikaria dan asma. Lihat juga saraf adrenergik, kelenjar adrenal, katekolamina. Sinonim epinefrina. |
nerve | saraf | Biologi | Histologi dan Sitologi | Struktur bak benang yang terdiri daripada gabungan gentian saraf yang membawa impuls di antara bahagian sistem saraf pusat dengan bahagian lain tubuh. saraf terdiri daripada selaput tisu penghubung (epineurium) yang meliputi berkas gentian saraf yang bahagian dalamnya terbentuk daripada membran sel mesotelium tipis. Saraf yang terlalu halus mungkin terdiri daripada satu funikulus yang berasal daripada saraf induk sahaja. Satu jasad gentian saraf (akson dan selaputnya) terdiri daripada unsur matriks protoplasma (aksoplasma), dan keseluruhan strukturnya dilapisi oleh membran tipis (aksolema). Setiap gentian saraf diselaputi oleh selaput sel (neurilema) yang dipisahkan atau tidak dipisahkan oleh lapisan lipid (selaput mielin) yang berasal daripada sel neurilema. |