‘aqd ta‘ati | akad unjuk terima | Perniagaan Islam | Tiada | Perbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah. |
mass-energy equivalance | kesetaraan jisim-tenaga | Fizik | Mekanik | Jisim dan tenaga boleh tukar-menukar menurut perkaitan E = mc2 (E = tenaga, m = jisim, c = halaju cahaya dalam vakum). Perkaitan ini terbit dariapda teori kerelatifan Einstein. tenaga Einstein |
change house | rumah tukar | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pondok aneka atau ruangan kecil yang digunakan oleh para pekerja di rig sebagai tempat menukar pakaian mereka semasa sedang menjalankan tugas di rig. Biasanya rumah atau ruangan kecil ini terdapat di lantai rig juga ataupun di tempat lain, asalkan berdekatan dengan rig berkenaan supaya mudah bagi para pekerja rig menukar pakaian mereka. |
conversion price | harga tukar | Pentadbiran | Tiada | Harga untuk menukar bon atau saham keutamaan kepada saham biasa. |
conversion value | bon boleh tukar | Pentadbiran | Tiada | Bon yang membenarkan pemegangnya menukar kepada saham biasa. |
forced conversion | tukar paksa | Pentadbiran | Tiada | Proses yang ditetapkan oleh syarikat yang memaksa pemegang sekuriti menukar sekuriti tersebut atau menyerahkannya balik kepada syarikat. |
conversion feature | ciri tukar | Pentadbiran | Tiada | Peruntukan yang membenarkan pemegang bon atau saham keuntungan menukar pemilikan mereka kepada saham biasa. |
forward exchange rate | kadar tukar hadapan | Pentadbiran | Tiada | Kadar pertukaran tetap hari ini untuk menukar mata wang pada tarikh hadapan. |
colour temperature converter filter | turas tukar suhu warna | Pendidikan | Tiada | Alat pada kamera untuk menyaring kanta dan menukar suasana atau keadaan cahaya. |
interchangeable gear | gear boleh saling tukar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Roda gear yang mempunyai gigi gear yang direka bentuk supaya boleh bersirat dengan roda gear lain yang mempunyai garis pusat pic yang sama walaupun bilangan gigi mungkin berlainan. Gear boleh saling tukar banyak digunakan dalam kotak gear kenderaan bermotor dan mesin larik untuk menukar laju putaran aci output. |