Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back stropteraju papan tundaPerikananTiadaTali yang diikat pada belakang papan tunda dan disambung pada tali kabel bawah yang bersambung ke hujung pukat tunda. Teraju ini bertujuan menstabilkan kedudukan papan tunda semasa pukat tunda beroperasi bagi memastikan papan tunda sentiasa berada dalam keadaan tegak. Teraju ini juga membantu menentukan sudut papan tunda dan seterusnya mempengaruhi bukaan melintang mulut pukat tunda.
bracket (towing)teraju depan papan tunda (tunda)PerikananTiadaTiada
G-linkmata rantai GPerikananTiadaMata rantai yang terdapat pada hujung wayar bebas berhampiran dengan pendakap pada papan tunda, bertujuan untuk menyambung tali tunda pada papan tunda. Mata rantai berbentuk G ini digunakan untuk memindahkan daya tundaan daripada wayar bebas kepada papan tunda semasa proses penundaan dijalankan, dan sebaliknya.
gallowgantunganPerikananTiadaBingkai besi yang dibina pada kedua-dua tepi kapal pukat tunda untuk menggantung papan tunda. Bingkai ini juga digunakan sebagai titik tundaan di atas kapal yang tali tundanya dilalukan melalui win. Semasa proses penundaan, tali tunda akan digantung pada satu blok penunda yang terdapat pada bahagian atas gantungan ini.
ground cabletali kekangPerikananTiadaSatu atau lebih tali wayar atau tali serabut yang disambungkan di antara hujung satu pukat tunda atau pukat tarik dengan tali tunda utama atau papan tunda. Tali ini berfungsi untuk menghalau ikan ke tengah laluan pukat agar ikan terperangkap di dalamnya.
delaytunda/lengah; kelewatanAeroangkasaTiadaTunda: Masa yang diambil bagi isyarat untuk merambat dari stesen penghantar melalui satelit dan diterima oleh stesen penerima.
beam trawlpukat tunda berbingkaiPerikananTiadaPukat tunda yang mempunyai bingkai besi di bahagian atas mulutnya supaya mulut pukat sentiasa terbuka. Bingkai besi yang panjang dipasang agar mudah terangkat dari dasar laut oleh dua bahan keluli yang berada di setiap hujungnya. Tali di bahagian bawah diikat secara kendur supaya ia melengkung ke belakang semasa operasi. Tinggi dan lebar bingkai ini disesuaikan mengikut keperluan.
delay line storagestoran talian tundaKejuruteraanTiadaPeranti storan atau ingatan pada komputer elektronik yang terdiri daripada talian tunda dan suatu cara untuk menjana semula dan memasukkan semula maklumat ke dalamnya.
postponetundaPendidikanTiadaTiada
fantailtunda ke kipasPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas