Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudo-tap rootakar tunjang semuPertanianAgronomi

Akar yang keluar daripada keratan batang yang menyerupai akar tunjang. Keratan biasanya hanya mengeluarkan akar sisi tetapi ada akar yang menjadi lebih besar daripada akar sisi sehingga menjadi seperti akar tunjang.

tap rootakar tunjangBiologiEkologiAkar utama yang tumbuh menegak ke bawah dan mempunyai akar-akar sisi yang lebih kecil. Kadang kala akar tunjang membengkak kerana menyimpan air dan bahan-bahan makanan, seperti yang terdapat pada lobak merah. Sistem akar tunjang ialah ciri khas tumbuhan dikotiledon.
root chordtopang tunjangKejuruteraan Kapal TerbangTiada2. Topang tunjang: Penyangga sayap yang bersambung dengan fiuslaj kapal terbang.
combined spinal-epidural anaesthesiaanestesia gabungan spina epiduraPerubatanTiadaAnestesia sebahagian untuk menyekat saraf tunjang dan akar saraf tunjang. Prosedur ini dilakukan dengan menyuntik ubat anestesia ke dalam kanal spina dan rongga epidura dengan menggunakan set jarum spina-epidura. Teknik ini sesuai bagi pembedahan di bawah abdomen, pelvis, perineum dan tungkai.
columnturusBiologiHistologi dan Sitologi1 Struktur yang berbentuk seperti batang, contohnya turus saraf tunjang, tangkai krinoid dan berkas serabut saraf pada saraf tunjang. 2 Stamen dan stil bunga anggerik yang bercantum.
psuedotaprootakar tunjang semuPertanianTiadaTiada
taprootakar tunjangPertanianTiadaTiada
stem cellsel tunjangFizikTiadaTiada
stem cellsel tunjangPerubatanTiadaTiada
tap rootakar tunjangPertanianTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas