hormann ezhausitive methylation | pemetilan tuntas Hofmann | Farmasi | Tiada | Kaedah untuk mendegradasikan amina yang digunakan dalam penentuan struktur alkaloid yang suatu amina ditukarkan kepada ammonium hidrkksida kuartenarinya. Ammonium hidroksida kuartenari tersebut disingkirkan dan menghasilkan suatu olefinyang kurang tertukar ganti sebagai hasil utama. bd. degradasi Hormann dan peraturan Hormann. |
strategic thinking | pemikiran strategik | Pengurusan | Perancangan | Cara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
fatal error | ralat maut | Teknologi Maklumat | Perisian | Keadaan yang berlaku pada sistem atau atur cara, sehingga menyebabkannya terus tidak berfungsi atau gangguan pada keseluruhan sistem. Contohnya, atur cara yang membolot 100% masa UPP dan mengakibatkan sistem menjadi lahu. Keadaan ini biasanya berlaku kerana kesilapan pengekodan, pengujian yang tidak tuntas atau kehilangan fail yang diperlukan. |
multinational corporation | syarikat multinasional | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Badan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang perte |