Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengubah suai membuat per-ubahan dsb pd sesuatu supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dsb): ~ bangunan lama; ~ sistem dan kaedah lama supaya dapat memenuhi keperluan keadaan sekarang; ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai, hasil drpd mengubah suai; pengubahsuaian perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa;pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai sesuatu: ~ yg biasa dicampurkan utk memelihara kekerasan permukaan tuangan ialah fluorida dan siliko-fluorida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengubah suai menjadikan sesuatu berubah dan sesuai dgn kehendak (keperluan dsb): ~ sistem penanaman padi. terubah suai (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai; hasil drpd mengubah suai. pengubahsuaian perbuatan atau hal mengubah suai. pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modified starchkanji ubah suaiMakanan dan PemakananMakananKanji yang melalui proses perubahan fizikal, enzimatik atau rawatan kimia untuk mengubah sifat asalnya. Kanji ubah suai digunakan dalam hampir semua kegunaan yang sama seperti kanji asli, iaitu sebagai agen pemekat, penstabil atau pengemulsi dalam produk makanan. Fungsi kanji ubah suai adalah untuk meningkatkan kestabilan terhadap haba, asid, ricihan, masa, penyejukan atau pembekuan. Kanji ubah suai juga boleh mengubah tekstur, mengurangkan atau meningkatkan kelikatan, memanjangkan atau memendekkan masa penggelatinan serta meningkatkan kestabilan kelikatanjalan.
modifyubah suaiFizikTiadaTiada
modifyubah suaiKejuruteraanTiadaMengubah sesuatu arahan supaya pengendaliannya berubah kepada bentuk yang lain.
modifyubah suaiUndang-undangTiadaTiada
cloud modificationubah suai awanGeologiTiadaTiada
addendum modificationubah suai adendumKejuruteraanTiadaTiada
transient modulationubah suai sepintasKesenianTiadaTiada
renovatie/renovationubah suai/renovasiKesusasteraanTiadaPengubahsuaian yang dilakukan kepada sesebuah cerita atau teks sehingga melahirkan satu cerita atau teks versi baru.
behaviour modificationubah suai lakuPentadbiranTiadaTeknik motivasi yang berpendapat bahawa individu boleh didorong untuk bekerja dengan menyediakan persekitaran kerja yang baik dan memuji prestasi kerjanya. Sinonim:positive reinforecement.
positive reinforcementubah suai lakuPentadbiranTiadaLihat: behaviour modification
12345

Kembali ke atas