dyad symmetry | simetri diad | Biologi | Genetik | Jujukan DNA yang mempunyai ulangan dalam arah yang bertentangan pada molekul yang sama. ulangan songsang, ulangan kepala-ke-kepala, ulang ekor-ke-ekor. |
short tandem repeat | ulangan tandem pendek | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang sama yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom. Jujukan yang diulangi biasanya ialah sepanjang dua hingga tujuh pasangan bes yang disambung secara tandem antara satu sama lain. Bilangan ulangan ini berbeza antara individu dan menghasilkan lokus polimorfik. Lokus yang mempunyai ulangan tandem pendek menjadi penanda genetik yang penting dalam pemeriksaan DNA forensik pada masa kini. Singkatan STR. Sinonim mikrosatelit. Lihat juga lokus polimorfik. |
repetition | ulangan | Muzik | Tiada | Frasa muzik yang diulangi secara tepat. Sekiranya ulangan melibatkan sedikit perubahan dari segi jeda atau ritma, frasa muzik ini dikenali sebagai ulangan bervariasi. |
variable number tandem repeat | ulangan tandem bilangan berubah | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang serupa yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom. Bilangan ulangan ini berbeza di antara individu dan ia menjadi asas untuk pemprofilan DNA forensik yang menggunakan kaedah RFLP. Singkatan VNTR. Sinonim minisatelit. |
tandem repeats | ulangan tandem | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang sama dan disusun secara berturut-turut dalam kromosom. Contohnya, dalam jujukan ATCGATCGATCGATCG, jujukan pendek ATCG diulang sebanyak empat kali. Dalam pengujian forensik DNA yang berdasarkan ulangan tandem pendek, jujukan pendek ini biasanya terdiri dari 2 hingga 7 nukleotida. |
rerun | siaran ulangan | Komunikasi | Korporat | Rancangan radio dan televisyen yang disiarkan semula pada waktu lain daripada masa siaran asal. Rancangan yang disiarkan adalah dalam bentuk dan sifat yang sama seperti rancangan asal. Siaran ulangan dilakukan oleh stesen siaran yang sememangnya menyediakan kemudahan tayangan semula bagi memenuhi format asal stesen berkenaan. Selain itu, siaran ulangan dilakukan untuk memenuhi permintaan khas daripada khalayak. Terdapat juga stesen yang menayangkan siaran ulangan untuk mengisi ruang siaran yang terluang kerana rancangan asal tidak dapat disiarkan. Pihak stesen siaran biasanya akan menyimpan atau mengarkibkan rancangan yang penting, istimewa, dan mendapat sambutan khalayak untuk tujuan siaran ulangan. Pengulangan siaran memberikan keuntungan kepada syarikat yang berkenaan, sama ada dari segi kos atau citra korporat. |
stutter band | jalur sentak | Sains Forensik | Tiada | Jalur kecil yang mempunyai satu atau dua unit ulangan lebih kecil daripada alel ulangan tandem pendek (STR) utama. Kadangkala, unit ulangan ini lebih besar daripada alel utama. Ia adalah sejenis artefak yang disebabkan oleh kesilapan dalam proses penyalinan templat DNA semasa tindak balas rantai polimerase (PCR) dan akan menyukarkan penaksiran data DNA forensik. |
repetition | pengulangan; ulangan | Kesusasteraan | Tiada | Ulangan: Lagu atau bahagian yang bersifat berulangan, contoh C major menjadi A minor. |
repetition | pengulangan; ulangan | Kesenian | Tiada | Ulangan: Lagu atau bahagian yang bersifat berulangan, contoh C major menjadi A minor. |
head-to-tail repeats | ulangan kepala-ke-ekor | Biologi | Genetik | Jujukan ulangan pada DNA yang wujud dalam arah yang sama. |