Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lir] | اولير

Definisi : alur-alur pd skru, bebenang skru; berulir mempunyai ulir, ada ulirnya: sesendal yg amat anjal serta tudung yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
screw threadulir skruMekanikGunaanBatas yang berkeratan seragam dan berbentuk heliks pada permukaan luar atas permukaan dalam silinder. Ulir diperoleh dengan memotong alur berbentuk heliks pada permukaan silinder atau lubang bulat. Ulir terdiri daripada pelbagai bentuk, misalnya ulir segi empat sama, ulir-V, ulir trapezoid dan sebagainya. Dalam analisis mekanik gunaan, skru yang dianalisis merupakan skru yang digunakan untuk menyokong dan menggerakkan beban paksi; skru ini biasanya berulir segi empat sama. Apabila sesuatu skru, misalnya skru pada bicu skru, menyokong bebannya, sentuhan di antara skru itu dengan kaki yang menahannya berlaku di sepanjang sebahagian daripada ulir skru dan ulir pada kaki tersebut. Ulir pada kaki bicu skru yang terlibat dengan sentuhan itu boleh dirombak secara khayali untuk membentuk satah condong kiasan yang mempunyai dimensi yang berpadanan dengan dimensi ulir berkenaan untuk tujuan analisis mekanik. Lihat juga skru.
Whitworth screw threadulir skru WhitworthKejuruteraanKejuruteraan MekanikSejenis ulir skru berbentuk V simetri dengan sudut kandung 55°. Ulir skru ini biasanya digunakan dalam pemesinan skru untuk kerja pemasangan mengikut piawaian sistem imperial. Batang skru dengan ulir ini perlu dipadankan dengan nat berulir Whitworth. Selain ulir jenis ini terdapat beberapa ulir lain seperti ulir matriks dan ulir ANSI.
vee- threadulir VKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlur yang terdapat pada skru, bolt dan nat. Alur dibentuk dengan menggunakan mesin. Padanan sepasang alur yang sesuai memberikan kesan ikatan yang kuat dan kedap yang baik. Terdapat pelbagai jenis ulir seperti ulir serong dan ulir segi empat dengan fungsi dan kelebihan masing-masing. Ulir juga dikelaskan menurut standard seperti BS, ANSI dan DIN.
worm wheelroda ulirMekanikGunaanRoda gear yang bergigi melengkung dan digunakan bersama gear ulir. Lihat juga gear ulir.
worm and worm wheelgear ulir dan roda ulirKejuruteraanTiadaTiada
female threadulir betinaMekanikGunaanUlir pada permukaan dalam batang geronggang. Ia juga dinamai ulir dalam.
male threadulir jantanMekanikGunaanUlir pada permukaan luar batang berbentuk silinder. Ia juga dinamai ulir luar.
pitchpicMekanikGunaan1. Jarak di antara satu titik pada ulir skru dengan titik yang berpadanan pada ulir yang bersebelahan, diukur selari dengan paksi skru itu. bagi skru berulir tunggal, nilai pic sama dengan nilai majuan skru itu. pic memberikan panjang tegak bagi sesuatu ulir dan merupakan nilai balikan bagi bilangan ulir untuk seunit panjang skru itu. simbol yang sering digunakan untuk pic skru ialah p. Unit ukurannya ialah milimeter, mm. Sinonim jarak ulir. Lihat juga majuan. 2. Jarak di antara suatu titik pada gigi sesebuah gear dengan titik yang berpadanan pada gigi yang bersebelahan, diukur di sepanjang lengkok bulatan pic gear itu. simbol yang kerap digunakan untuk pic ialah p. Nilai p diberikan oleh sebutan p = pd/T, dengan d sebagai garis pusat bulatan pic dan T ialah bilangan gigi pada roda gear itu. Dua roda gear akan saling bersirat dengan wajar hanya jika kedua-duanya mempunyai pic yang sama nilainya. Pic kadangkala disebut pic bulat. Sinonim jarak gigi. Lihat juga bulatan pic. 3. Bilangan gigi pada sebuah gear ata
thread protectorpelindung ulirKejuruteraanPetroleumPeranti logam, plastik atau getah yang diskrukan pada ulir di hujung paip seperti tetiub, paip gerudi dan paip aliran, bagi melindungi ulir tersebut daripada rosak bila paip berkenaan tidak digunakan, terutama semasa pengangkutan dan penyimpanan dilakukan.
knuckle threadulir sendiKejuruteraanKejuruteraan MekanikJenis ulir skru yang berkeratan rentas separuh bulatan. Jejarinya bersamaan dengan satu perempat pic dan mempunyai kelegaan yang agak luas. Kelegaan ini membolehkan geseran yang tinggi antara bahagian jantan dengan betina. Contohnya, mentol lampu menggunakan ulir jenis ini.
12345678910

Kembali ke atas