ultraviolet telescope | teleskop ultralembayung | Fizik | Optik | Teleskop yang terdiri daripada cermin-cermin yang disadur dengan bahan berkepantulan tinggi bagi sinar ultralembayung dan ia membentuk imej ultralembayung yang diperbesarkan seperti kaedah pembentukan imej bagi cahaya nampak. |
ultraviolet mutation | mutasi ultralembayung | Bioteknologi | Tiada | Mutasi yang terhasil melalui penggunaan cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 200 - 300 nm yang dijana oleh lampu wap raksa bertekanan rendah. Mutasi ini dapat dibalikkan semula dengan pemfotoreaktifan selepas pendedahan kepada jarak gelombang panjang daripada cahaya ultralembayung dan spektrum tampak. |
ultraviolet absorber | penyerap ultralembayung | Fizik | Optik | Bahan yang menyerap tenaga sinar ultralembayung dan kemudian melesapkan tenaga tersebut dengan cara yang tidak membahayakan. Penyerap ini digunakan di dalam bahan plastik dan getah untuk mengurangkan kepekaan cahaya. |
ultraviolet absorption | penyerapan ultralembayung | Fizik | Optik | Proses penyerapan jarak gelombang tertentu bagi sinar ultralembayung oleh bahan, misalnya oleh larutan sampel ketika analisis spektroskopi. |
extreme ultraviolet | ultralembayung lampau | Matematik | Tiada | Kawasan spektrum elektromagnet yang mengisi lompang di antara sinaran ultralembayung dengan sinar-X. |
flame spectroscopy | spektroskopi nyala | Kimia | Tiada | Spektroskopi pemancaran ultralembayung dan nampak dan spektroskopi penyerapan ultralembayung dan nampak yang menggunakan nyala untuk analisis kualitatif dan kuantitatif. |
ultraviolet catastrope | malapetaka ultralembayung | Fizik | Haba | Percanggahan pada ramalan hukum Rayleigh-Jeans yang mengatakan bahawa tenaga dipancarkan oleh jasad hitam pada frekuansi ultralembayung adalah besar dan jumlah tenaga pemancar adalah tak terhingga, sedangkan pada keadaan sebenar tenaga tersebut adalah terhingga. |
ozone shield | lapisan ozon | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan nipis terdiri daripada molekul ozon di stratosfera yang mengandungi ozon hasil daripada cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 130 - 200 mm dan kemudiannya menyerap cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 250 - 270 mm. |
ozone layer | lapisan ozon | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan nipis terdiri daripada molekul ozon di stratosfera yang mengandungi ozon hasil daripada cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 130 - 200 mm dan kemudiannya menyerap cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 250 - 270 mm. |
ozone layer | lapisan ozon | Matematik | Tiada | Lapisan nipis terdiri daripada molekul ozon di stratosfera yang mengandungi ozon hasil daripada cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 130 - 200 mm dan kemudiannya menyerap cahaya ultralembayung pada jarak gelombang 250 - 270 mm. |