ultraviolet spectrophfotometry | spektrofotometry ultraungu | Farmasi | Tiada | Pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan ultraungu. |
ultraviolet stars | bintang ultraungu | Matematik | Tiada | Bintang panas yang mempunyai pancaran yang banyak pada panjang gelombang ultraungu dan XUV, yakni antara 12-320 nm., termasuk bintang jenis O dan B yang awal, bintang subkerdil O dan bintang B, bintang kerdil putih panas, dan bintang pusat kebanyakan nebula planet. |
ultraviolet filter | penapis ultraungu | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang digunakan untuk menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu daripada cahaya matahari atau cahaya buatan bagi mengurangkan risiko kanser dan kedutan kulit. |
ultraviolet fibre optic | gentian optik ultraungu | Kejuruteraan | Tiada | Gentian kaca khas yang julat jarak gelombangnya dipanjangkan ke dalam kawasan ultraungu. |
ultraviolet crack detection | pengesanan retak ultraungu | Kejuruteraan | Tiada | Pemeriksaan ke atas logam atau komponen dengan menggunakan cecair fluorokarbon yang disuluh dengan cahaya ultraungu. |
black light | cahaya hitam | Geologi | Tiada | 1. Cahaya ultraungu yang digunakan untuk tujuan mengesan pendarfluor mineral.,2. Alat yang mengeluarkan cahaya ultraungu untuk tujuan mengesan pendarfluor mineral. |
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometer | spektrofotometer ultraungu tampak (UV/Vis) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak. |
ultraviolet visible near infrared spectroscopy | spektroskopi inframerah dekat ultraungu tampak | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 � 2000 nm). |
ultraviolet | ultraungu | Geografi | Tiada | Tiada |
ultraviolet | ultraungu | Geologi | Tiada | Sinaran ultralembayung iaitu sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 13 dan 397 nanometer. |