bill of store | bil stor | Pelayaran | Tiada | Dokumen untuk kemasukan bebas cukai ke United Kingdom bagi barangan kena cukai yang telah di eksport sebelum diimport semula. |
Brittany bean | kacang Brittany | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kacang bulat berwarna putih yang didapati di United Kingdom. |
JANET (joint academic network) | JANET (rangkaian akademik bersama) | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu rangkaian komputer universiti di United Kingdom. |
foreign press | akhbar asing | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang berpusat dan diterbitkan di luar negara. Contohnya, akhbar Observer yang berpusat di United Kingdom. |
garden city movement | gerakan bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari. |
Coverdale training | latihan Coverdale | Pentadbiran | Tiada | Bentuk latihan kepekaan secara main peranan yang diperkenalkan oleh Ralph Coverdale dan Bernard Smith dari United Kingdom. |
administrative county | kaunti pentadbiran | Sains Politik | Tiada | Unit pentadbiran yang bersifat daerah, jajahan, atau lain-lain unit kerajaan tempatan. Istilah ini biasa digunakan di United Kingdom. |
institute agent | ejen institut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen yang dilantik oleh Institute of London Underwriters dan diberi kuasa untuk menyelesaikan tuntutan insurans di luar United Kingdom. |
International Court of Justice (ICJ) | Mahkamah Pengadilan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sino |
CORAL (computer online realtime application language) | CORAL (bahasa aplikasi masa nyata dalam talian komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa pengaturcaraan dalam kelompok bahasa algoritma yang dibina untuk Kementerian Pertahanan United Kingdom. |