Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.taian] | اونتاين

Definisi : 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.taian] | اونتاين

Definisi : sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai; rangkaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untai (kata nama)
1. Dalam konteks benang
bersinonim dengan utas, tali, lawai, lembar,

2. Dalam konteks penjodoh bilangan
bersinonim dengan utas, susunan, rangkaian, rangkap,

Kata Terbitan : beruntai, teruntai, untaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stringoutuntaian keluarPendidikanTiadaPeringkat pertama dalam kerja penyuntingan filem gambar gerak yang melibatkan penyusunan tangkapan asal dalam untaian yang diperlukan serta mencantumkannya semula.
chromatidkromatidKimiaBiokimiaUntaian kromosom yang terjadi semasa penduaan kromosom dan kelihatan semasa perubahan profasa kepada metafasa dalam mitosis atau miosis. Untaian ini akan berpisah semasa anafasa dan wujud sebagai kromosom baharu.
crosslinkinguntaian silangFizikTiadaTiada
catenationuntaian; penguntaianKejuruteraanTiadaTiada
catenationuntaian; penguntaianKimiaTiada3. Penguntaian: Kecenderungan unsur untuk membentuk sebatian lingkar atau rantai, dengan membentuk ikatan dengan atom lain unsur yang serupa.
linkageuntaianBiologiGenetiklih. rangkaian.
cacophonykakofoniKesusasteraanTiadaUntaian bunyi yang tidak harmonis atau sesuai yang dengan sengaja digunakan dalam puisi untuk menimbulkan satu kesan seni tertentu atau mendapatkan perhatian pembaca.
litanylitaniKesusasteraanTiada1. Serangkaian doa terdiri daripada untaian permohonan dan pujian atau kebaktian bersama yang dinyanyikan bersahut-sahutan.,2. Pembacaan puisi secara bersama dan bersahut-sahutan.
chalazakalazaBiologiHistologi dan Sitologi1. Satu daripada dua jalur untaian yang menghubungkan kuning telur dengan membran telur burung. 2. Dasar nuselus ovul yang menjadi tempat munculnya integumen.
litanylitaniKesusasteraanTiadaRangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya.
12

Kembali ke atas