merchant bank | bank saudagar | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai. |
yazoo stream | sungai Yazoo | Geologi | Tiada | Cabang sungai yang mengalir selari dengan sungai utamanya melalui jarak yang tertentu sebelum bercantum dengan sungai utamanya di tempat lain. |
angioneoplasm | angionepolasma | Perubatan | Tiada | Neoplasma dengan struktur utamanya terdiri daripada salur darah, dan kadangkala salur limfa |
preamplifier | praamplifier | Kejuruteraan | Tiada | Penguat yang peranan utamanya adalah untuk menguatkan keluaran punca mikrogelombang, radiofrekuensi atau audiofrekuensi supaya isyarat dapat diproses seterusnya tanpa penyusutan nisbah isyarat-ke-hingar sistem itu. |
frugivore | frugivor | Biologi | Ekologi | Haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada biji atau buah, misalnya tupai. Haiwan jenis ini penting dalam penyebaran spesies tumbuhan, kerana haiwan tersebut boleh menyebarkan buah atau biji benih jauh dari pokok induk. |
fungivore | fungivor | Biologi | Ekologi | Organisma yang makanan utamanya terdiri daripada kulat dan bakteria. Misalnya, lalat Orfelia fultoni. |
anidex | anideks | Sosiologi | Tiada | Serat buatan yang bahan utamanya ialah polimer sintetik berantai panjang daripada ester alkohol monohidrik dan asid akrilik. |
floorman | jurulantai | Kejuruteraan | Petroleum | Pekerja penggerudian yang pekerjaan utamanya adalah di lantai derik semasa operasi penggerusian sedang berlangsung. Umumnya, untuk rig penggerudian berputar, jumlah minimum jurulantai yang diperlukan ialah dua orang, tetapi untuk kebanyakan rig, jumlahnya melebihi dua, iaitu tiga atau empat orang. Kadang kala mereka juga merupakan pekerja lasak. |
aluminium paint | cat aluminium | Kejuruteraan | Tiada | Cat yang pigmen utamanya berasaskan aluminium |
biological shield | perisai biologi | Kejuruteraan | Tiada | Perisai yang fungsi utamanya mengurangi sinaran mengion ke aras yang dibenarkan secara biologi. |