Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,

Puisi
 

Dari utara terus ke selatan,
     Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
     Yang mana baik pilihan saya.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
north pointpenunjuk utara/titik utaraMatematikTiadaTitik pada sfera samawi di utara pencerap, yang padanya meridian samawi memintas ufuk samawi.
North Atlantic currentarus Atlantik UtaraMeteorologiMeteorologi PerhubunganCabang arus daripada Arus Gulf, iaitu daripada semua arus timur dan utara Atlantik Utara yang bermula pada 40� U dan 50� B di kawasan timur Grand Banks. Cabang arus ini biasanya diselindungi oleh pergerakan permukaan yang cetek dan berubah-ubah akibat tiupan angin. Dengan itu, arus ini disebut juga hanyutan Atlantik Utara.
Northern Lights/AuroraCahaya Utara/AuroraMatematikTiadaPijar berserak, tompok cerah, streamers, arka cahaya dan sinar cahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di kawasan altitud geografi tinggi di utara dan selatan. Yang di utara dikenal sebagai Cahaya Utara atau Auror Boreolis, manakala yang di selatan diketahui sebagai Cahaya Selatan atau Aurora Australia.
north polekutub utaraMatematikTiadaKutub samawi utara yang menandakan zenit langit apabila dilihat dari kutub utara geografi.
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
north polekutub utaraTeknikElektrikKutub magnet tempat fluks meninggalkan satu hujung magnet menuju ke kutub selatan. Jika magnet dibiarkan tergantung bebas kutub utara magnet akan mengarah ke Kutub Utara bumi. Arah jarum kompas kan menunjukkan arah kutub ini.
Keris Jenis UtaraKeris Jenis UtaraKerisTiadaLihat Keris Jenis Semenanjung.
angular parallaxparalaks sudutGeologiTiadaSudut di antara utara grid dan utara sebenar.
north hemispherehemisfera utaraGeografiTiadaBahagian bumi utara daripada latitud Oo.
magnetic northarah utara magnetLandskapTiadaArah mata angin utara yang sebenar seperti yang ditunjukkan oleh jarum kompas.
12345678910...

Kembali ke atas