Lydersen correlation | korelasi Lydersen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi umum untuk menganggarkan isi padu cecair berdasarkan prinsip keadaan sepadan sebagai V = V rR1/rR, dengan V = isi padu, r = ketumpatan, subskrip R = keadaan terturun, subskrip 1 = keadaan rujukan. |
eigenvalue | nilai eigen | Fizik | Moden | Nilai cirian skalar yang diperoleh daripada persamaan eigen T(v) = V, dengan T ialah pengoperasi linear pada ruang vektor dan V ialah vektor eigen. |
diluted alcohol | alkohol cair | Farmasi | Tiada | Larutan hidroalkohol yang mengandungi 41-42% w/v atau 48.4-49.5% v/v etanol pada |
imperfect cadence | kadens gantung | Kesenian | Tiada | Pengakhiran atau penutupan rangkai atau frasa lagu yang menggunakan kord I-V, II-V, III-V dan IV-V. |
unit vector | vektor unit | Mekanik | Gunaan | Vektor bebas yang mempunyai magnitud 1. Vektor unit tidak mempunyai sebarang unit ukuran. Vektor ini digunakan untuk memerihalkan hala sebarang vektor lain. misalnya, jika vektor V mempunyai magnitud V, maka vektor unit uv yang sama halanya dengan V ialah uv = V/V, dan vektor V boleh disebut sebagai Vuv (dengan V memberikan magnitudnya dan uv memberikan halanya). Ada bermacam-macam simbol yang digunakan untuk vektor unit yang umum. Simbol ini termasuklah u dan n. Lihat juga vektor unit Cartesan. |
degree of genetic determination [H2] | darjah penentuan genetik (H2) | Biologi | Genetik | Nisbah yang mengukur bahagian variasi fenotip yang ditentukan oleh variasi genetik. H2=V(G)/V(P) dengan V(G) ialah varians genetik dan V(P) ialah varians fenotip. |
V particle | zarah V | Fizik | Atom dan Nuklear | Nama yang pertama kali diberikan kepada zarah tak stabil kerana reputan zarah tersebut menghasilkan lintasan cirian bentuk V dalam kebuk awan yang didedahkan kepada sinar kosmik. Contoh zarah V ialah meson K neutral atau hiperon lambda. |
V shaped depression | lekukan bentuk V | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Tekanan rendah pada carta sinoptik, yang sebahagian daripada isobarnya berbentuk V, dengan hujung tajam V mengarah keluar dari pusat tekanan rendah dan terletak di atas palung. |
V | V | Teknik | Elektrik | Unit atau singkatan bagi voltan, beza upaya, atau volt. |
V particle | zarah V | Kejuruteraan | Tiada | Kesan jejak berbentuk V dalam kebuk awan dihasilkan oleh hasil penyusutan bercas meson atau hiperon. |