valence | valens | Kimia | Tiada | 1. Nombor bulat yang melambangkan kuasa bergabung sesuatu unsur dengan unsur yang lain. hidrogen dijadikan rujukan piawai dan diberikan valens 1, manakala valens atom atau radikal lain ialah bilangan hidrogen yang berpadu dengan atom atau radikal tersebut. Misalnya, valens klorin di dalam molekul HC1 ialah 1. Kebanyakan unsur menunjukkan lebih daripada satu valens. Misalnya, klorin mempunyai valens 1 di dalam sebatian CIF, valens 3 di dalam sebatian CIF3, dan valens 5 di dalam sebatian CIF5. 2. Bilangan ikatan tunggal yang dapat dibentuk oleh sesuatu atom,misalnya, valens untuk radikal CH3 ialah 1 kerana ia boleh membentuk satu ikatan tunggal dengan atom atau radikal lain. |
positive valence | valens positif | Fizik | Moden | Valens yang dinyatakan dengan menggunakan nombor positif. |
valence electron | elektron valens | Teknik | Elektrik | Elektron yang berada dalam petala paling luar sesuatu atom. Elektron valens menentukan sama ada sesuatu bahan itu pengalir, separuh pengalir, penebat, dan sebagainya. |
energy band | jalur tenaga | Kimia | Tiada | Jalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. Terdapat dua jenis jalur tenaga, iaitu jalur valens ialah aras tenaga terkuantum yang dapat diduduki elektron apabila elektron ini di dalam orbital valens pepejal berhablur. Elektron di dalam jalur ini tidak dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan elektrik. Jalur konduksi pula ialah aras tenaga terkuantum yang lebih tinggi daripada aras tenaga jalur valens. Elektron dapat menduduki jalur ini melalui getaran terma kekisi berhablur. Peningkatan elektron ke jalur ini membentuk lubang di dalam jalur valens. Elektron di dalam jalur konduksi dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan leketrik. Terdapat jalur terlarang di antara jalur valens dengan jalur konduksi. Ciri elektrik pepejal berhablur bergantung pada lebarnya jalur terlarang ini. Bagi logam, lebar jalur ini ialah disifar, bagi penebat pula, lebarnya lebih daripada 5 eV dan bagi semikonduktor, lebarnya lebih kurang 1 eV. |
valence | valens | Fizik | Atom dan Nuklear | Kebolehan suatu atom untuk bergabung dengan atom atau molekul lain dan ditentukan sebagai bilangan atom hidrogen atau dua kali bilangan atom oksigen yang boleh bergabung dengan atom sesuatu unsur. Contohnya, nitrogen mempunyai valens 3, 2, 4 dan 5 dalam sebatian NH3, NO, NO2, N2O5. |
Nernst polyvalent correlation | korelasi polivalen Nernst | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi univalen Nernst yang diperbaik untuk menganggarkan pekali resapan larutan garam polivalen di dalam air yang dijelaskan sebagai dengan DAB = pekali resapan, F = pemalar Faraday T = suhu, R = pemalar gas, n+ = valens kation, n- = valens anion, = had konduksian berion. |
valence | valens(i) | Fizik | Tiada | Tiada |
valence | valens(i), pendorong luar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
valence | valens(i) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
valence | valens(i) | Kimia | Tiada | Tiada |