Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[var.nis] | ۏرنيس

Definisi : sj cat berminyak yg terdiri drpd campuran pelarut dan bahan perekat (digunakan utk memelihara dan mengilatkan perabot kayu dan rotan); bervarnis disalut, disapu, atau digilap dgn varnis: lantai yg ~; memvarnis menyapu varnis pd sesuatu: tukang kayu itu sedang ~ almari; pemvarnisan perbuatan (proses, kerja dsb) memvarnis: ~ perabot itu memerlukan ketelitian dan kemahiran utk memperoleh hasil kerja yg baik; pemvarnis 1. orang yg memvarnis; 2. sesuatu (alat) yg digunakan utk memvarnis: berus lembut ~ perabot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[var.nis] | ۏرنيس

Definisi : cat minyak yg terdiri drpd pelarut dan bahan perekat (digunakan pd perabot dsb supaya berkilat dan tahan lama). memvarnis menyapukan varnis pd sesuatu: ~ meja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata varnis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insulating varnishvarnis tebatKesenianTiadaVarnis yang digunakan sebagai bahan penebat.
synthetic varnishvarnis sintetikKesenianTiadaVarnis yang diperbuat daripada bahan tiruan.
damar varnishvarnis damarKesenianTiadaVarnis yang disapukan pada lukisan cat minyak atau lukisan tempera yang telah cukup kering.
acrylic varnishvarnis akrilikKesenianTiadaVarnis yang disapu pada permukaan lukisan cat minyak untuk melindung dan menghasilkan kemasan yang seragam.
copal varnishvarnis kopalKesenianTiadaVarnis yang dibuat daripada kopal yang dijadikan sebagai salutan akhir sesebuah lukisan cat minyak setelah kering.
stop out varnishvarnis litupKesenianTiadaVarnis untuk menutup permukaan plat cetak turis.
resin-oil varnishvarnis minyakKesenianTiadaVarnis yang dibuat daripada minyak damar.
copal ether varnishvarnis eter kopalPerubatanTiadaVarnis kaviti mengandungi 5 mg kopal dan 100 ml kloroform.
synthetic resin varnishvarnis damar tiruanKesenianTiadaVarnis daripada damar tiruan.
fluoride varnishvarnis berfluoridaPergigianTiadaBahan kimia dalam bentuk cecair pekat yang disapu pada permukaan gigi untuk mengurangkan rasa ngilu yang dialami oleh gigi. Varnis ini juga terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit ion fluorida. Ion fluorida yang terkandung dalam cecair tersebut akan diserap oleh gigi dan menjalani proses remineralisasi untuk menghilangkan rasa ngilu.
123456789

Kembali ke atas