vaskular cambium | kambium vaskular | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kambium yang banyak mengandungi vesel untuk menyalurkan cecair. |
vascular cambium | kambium vaskular | Botani | Tiada | Meristem lateral yang membentuk tisu vaskular sekunder, iaitu xilem dan floem sekunder dalam batang dan akar yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium vaskular terletak di antara xilem primer dengan floem primer dalam berkas vaskular dan melalui pembahagian periklinal akan menghasilkan xilem sekunder dan floem sekunder ke arah tisu-tisu primer tersebut. |
vascular bundle | berkas vaskular | Botani | Tiada | Jaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular. |
vascula system | sistem vaskular | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Organ-organ yang berkait rapat dengan peredaran darah dan limfa secara kolektif. 2 Bahagian tumbuh-tumbuhan vaskular yang terdiri daripada tisu vaskular. |
wilt | layu | Biologi | Patologi | 1. Gejala akhir kebanyakan jenis penyakit, kerana selnya kehilangan kesegaran dan menjadi flasid. bd. epinasti. 2. Nama penyakit yang menunjukkan gejala layu seperti (1) di atas, lih. trakeomikosis, layu vaskular, mikosis vaskular. |
vascular tissue | tisu vaskular | Botani | Tiada | Lihat berkas vaskular. |
vascular mycosis | mikosis vaskular | Biologi | Patologi | lih. trakeomikosis, layu vaskular. |
vascular plant | tumbuhan vaskular | Botani | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai sistem vaskular, iaitu floem dan xilem untuk mengangkut air dan nutrien Jenis tumbuhan ini terdiri daripada paku pakis, angiosperma dan gimnosperma.. |
vascular wilt | layu vaskular | Biologi | Patologi | Layu yang disebabkan oleh gangguan patogen pada tisu vaskular. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh beberapa spesies kulat Verticillium, Fusarium dan bakteria. |
vascular streak die-back (VSD) | mati rosot jalur vaskular (VSD) | Biologi | Patologi | Penyakit koko yang disebabkan oleh kulat Basidiomycotina Onchobasidium theobromae. Gejala utamanya ialah jalur perang yang merupakan berkas vaskular pada cabang yang terjangkit. jalur ini berkembang terus sehingga ke bahagian daun dan daun tersebut akan berwarna kuning dan gugur. Pada bekas melekatnya daun tersebut, nampak tiga titik perang yang merupakan berkas vaskular terjangkit. |