arculus | arkulus | Biologi | Entomologi | Vena berbentuk lengkok yang membentuk hubungan silang antara vena-vena lain pada sayap serangga tertentu, misalnya vena yang menghubungkan vena radial dengan vena median pada pepatung. |
saphenous vein | vena safena | Veterinar | Praklinikal | Vena superfisial pada kaki. Terdapat tiga jenis vena safena; iaitu vena safena aksesori; vena safena panjang dan vena safena pendek. Vena safena merupakan vena superfisial utama yang menyalirkan darah daripada kaki. |
diploic vein | vena diploik | Perubatan | Tiada | Vena-vena diploe yang dikelaskan mengikut tapak penyaliran utama masing-masing. |
haemofiltration | hemofiltrasi | Perubatan | Tiada | Terapi penggantian fungsi ginjal sama ada hemofiltrasi arteri-vena berterusan atau hemofiltrasi vena-vena berterusan. |
haemorrhoids | hemoroid/buasir | Gerontologi | Tiada | Perdarahan pada vena-vena rektum yang bengkak dan mengeras. Hemoroid biasanya disebabkan oleh peneranan yang kuat akibat sembelit yang berpanjangan. |
posterior facial vein | vena fasial posterior | Perubatan | Tiada | Vena yang terbentuk oleh vena maksila dan vena temporal superfisial di belakang leher mandibel, melalui kelenjar parotid ke arah vena fasial. Sinonim: vena retro mandibel. |
humeral cross-vein | vena silang humerus | Biologi | Entomologi | Vena silang yang menghubungkan vena kosta dengan vena subkosta pada pangkal sayap, misalnya pada pangkal sayap nyamuk. |
cross-vein | vena silang | Biologi | Entomologi | Vena lintang yang menghubungkan vena bujur utama pada sayap serangga. Pada sayap maifli dan sesibur, bilangan vena ini amat banyak dan kedudukannya tidak tetap, tetapi pada serangga tertentu, bilangannya sedikit dan mempunyai kedudukan tetap. Dengan yang demikian, vena ini dapat digunakan sebagai asas untuk pengecaman genus, malah kadang-kadang untuk pengecaman spesies serangga. vena interkalari. |
central venous cannulation | kanulasi vena pusat | Perubatan | Tiada | Prosedur memasukkan kanula atau kateter ke dalam vena pusat, iaitu vena kava superior dan atrium kanan melalui vena antekubital, jugular atau subklavian. Prosedur ini untuk mengukur tekanan vena pusat sebagai salah satu cara pemberian cecair, darah, antibiotik dan pemakanan parenteral total kepada pesakit. |
adventitious vein | vena adventitious | Biologi | Entomologi | Vena sekunder yang terdapat pada sesetengah serangga. Vena ini bukan vena silang. |