Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vén.ti.la.si] | ۏينتيلاسي

Definisi : (véntilasi) 1. sistem (proses) per­edaran atau pertukaran udara bersih di dlm sesebuah ruang (bilik, bangunan, dsb); 2. lubang (spt tingkap dsb) yg membolehkan udara keluar masuk secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ventilasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mandatory minute volumeisi padu minit mandatoriPerubatanTiadaMod ventilasi untuk memisahkan pesakit daripada bergantung kepada ventilator secara berperingkat-peringkat. Pesakit bernafas secara spontan dengan praset ventilasi minit. Ventilator boleh mengubah ventilasi minit secara automatik supaya pesakit mendapat praset ventilasi minit walaupun berlaku perubahan ventilasi spontan pesakit.
controlled mode ventilationventilasi modus terkawalPerubatanTiadaPemberian ventilasi kepada pesakit yang dibantu sepenuhnya oleh ventilator. Ventilator digunakan untuk pemberian bius umum kepada pesakit semasa pembedahan. Sinonim ventilasi mekanikal terkawal.
airway pressure release ventilation (APRV)ventilasi pelepasan tekanan salur udara (APRV)PerubatanTiadaMod ventilasi secara pengurangan atau pelepasan tekanan salur udara tiub. Ventilasi ini digunakan terhadap pesakit yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
intermittent mandatory ventilation (IMV)ventilasi mandatori berjeda (IMV)PerubatanTiadaMod ventilasi untuk memisahkan pesakit yang bergantung pada ventilator secara berperingkat. Pesakit bernafas secara spontan dan diberikan kadar pernafasan mekanikal dan isi padu tidal tetap dalam jangka masa tertentu. Apabila bertambah pulih, kadar pernafasan mekanikal akan dikurangkan sehingga pesakit tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan. Sinonim ventilasi minit mandatori.
waste ventilationventilasi tersiaPerubatanTiadaVentilasi yang tidak melibatkan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.
transtracheal jet ventilationventilasi jet transtrakeaPerubatanTiadaVentilasi paru-paru melalui tebukan di trakea secara pancutan jet dengan menggunakan litar anestesia atau manujet. Kaedah ini dilakukan dalam situasi kecemasan apabila pengurusan salur udara secara biasa gagal dicapai.
face mask ventilationventilasi sungkup mukaPerubatanTiadaVentilasi dengan menggunakan topeng muka dan litar anestesia kepada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
assist mode ventilationventilasi bantuan modPerubatanTiadaTeknik ventilasi bantuan kepada pesakit di unit rawatan rapi yang dilakukan dengan menggunakan mod tertentu.
assist control ventilationventilasi bantuan terkawalPerubatanTiadaTeknik ventilasi bantuan kepada pesakit di unit rawatan rapi yang dilakukan secara terkawal.
controlled mechanical ventilationventilasi mekanikal terkawalPerubatanTiadaLihat ventilasi modus terkawal.
1234

Kembali ke atas