veto | veto | Undang-undang | Tiada | Tiada |
double veto | veto dua kali | Sains Politik | Tiada | Tiada |
double veto | veto dua kali | Undang-undang | Tiada | Tiada |
item veto | veto butiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
veto power | kuasa veto | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kuasa untuk menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. Contohnya, anggota Majlis Keselamatan PBB telah beberapa kali menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk menghalang PBB daripada mengambil tindakan tertentu. |
veto power | kuasa veto | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Big Five | Lima Kuasa Besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin. |
Security Council | Majlis Keselamatan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu organ (komponen utama dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa) dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Majlis Keselamatan mempunyai lima anggota tetap yang memiliki kuasa veto, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia, serta sepuluh anggota tidak tetap yang dipilih berdasarkan sumbangan kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan agihan geografi. Majlis Keselamatan diberikan tanggungjawab perdana untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Resolusi yang telah diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB mengikat semua negara anggota PBB. |
major power | kuasa utama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang diiktiraf sebagai memiliki ke kuatan ketenteraan, pengaruh politik dan kekayaan ekonomi yang besar di peringkat dunia dan suaranya sentiasa mendapat perhatian. Antara kuasa utama ialah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang terdiri daripada Great Britain, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Rusia. Dalam majlis ini, mereka memiliki kuasa veto terhadap keputusan yang telah dibuat. Dasar luar negara ini boleh mempengaruhi perkembangan politik dunia seperti campur tangan Amerika Syarikat ke atas Iraq atau tindakan Soviet Union menyerang Afghanistan pada dekad 1980-an. Kuasa utama juga merujuk kepada negara lain yang besar pengaruhnya terutama dalam mempengaruhi ekonomi dunia seperti Jerman dan Jepun. |
proxy vote | undi proksi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang dibuat sebagai mewakili satu pihak yang enggan memperlihatkan keterlibatannya dalam sesuatu pengundian. Undi ini dilakukan oleh individu atau badan lain dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Tujuannya adalah untuk mengaburi mata orang ramai bagi menunjukkan seolah-olah pihak sebenar tidak terlibat dengan proses pengundian tersebut. Contohnya, tindakan veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang sebarang tindakan ke atas Israel. |