Victoria sauce | sos Victoria | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos udang kara yang ditambah trufel. |
Victoria shawl | sebai Victoria | Kesenian | Tiada | Sebai Perancis bercorak jacquard, mempunyai empat sibar bersulam dan berumbai lungsin pada kedua-dua hujungnya. Sebai ini tidak lagi dipakai oleh masyarakat Perancis. |
armure Victoria | fabrik Victoria armure | Kesenian | Tiada | Fabrik berwarna hitam pudar yang bermotif halus. Pada suatu ketika dahulu, fabrik ini digunakan untuk membuat pakaian berkabung. |
victoria blight | hawar viktoria | Biologi | Patologi | Hawar pada batang dan daun oat yang disebabkan oleh kulat Cochliobolus victoriae dengan menghasilkan viktorin. |
Victorian age | zaman Victoria | Kesusasteraan | Tiada | Era aktivti kesusasteraan semasa pemerintahan Ratu Victoria pada 1837 hingga 1901 yang menghasilkan hasil kesusasteraan seperti novel, puisi, fisiologi dan esei. |
Victorian garden | taman Victoria | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Ciri utama kawasan ini ialah mempunyai padang rumput yang luas dan pokok-pokok rendang di pinggirnya. Kawasan berlandskap bentuk ini diperkenalkan pada zaman Queen Victoria yang pernah memerintah England. |
Victorian garden | taman Victoria | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Ciri utama kawasan ini ialah mempunyai padang rumput yang luas dan pokok-pokok rendang di pinggirnya. Kawasan berlandskap bentuk ini diperkenalkan pada zaman Queen Victoria yang pernah memerintah England. |
ivory head | ivory head | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nama yang diberi kepada setem yang dikeluarkan semasa pemerintahan Raja Victoria. |
bay window | tingkap unjur | Kesenian | Seni Bina | Tingkap yang menonjol keluar dari mukaan dinding, tanpa mengira ketinggian. Kebanyakannya berbentuk poligon atau bersegi. Apabila bentuknya melengkung, tingkap ini dinamai tingkap busur. Kebanyakan tingkap unjur pada Zaman Pertengahan adalah daripada jenis tingkap Oriel. Tingkap tersebut bertindak sebagai unsur tambahan yang menjadi sebahagian daripada unsur hiasan. Tingkap unjur juga menjadi satu ciri yang sangat masyhur dalam seni bina Victoria terutama pada kediaman di Kepulauan British bermula dari kira-kira tahun 1870-an dan telah menjadi daya tarikan yang berterusan sehingga kini. Ia digunakan untuk meningkatkan aliran cahaya semula jadi ke dalam bangunan, dan dengan itu menjadikan sesebuah bilik kelihatan lebih besar. |
romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |