physisorption type VII | penjerapan fizikal jenis VII | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal molekul atau atom yang berlaku pada permukaan mangkin apabila cecair pukal yang menjerap mempunyai sudut sentuh yang tertentu dengan mangkin. Dalam penjerapan jenis ini, jumlah wap yang terjerap tidak akan mencapai nilai asimptot walaupun tekanan relatif bernilai satu. |
secondary dominant | dominan sekunder | Kesenian | Tiada | Penukaran kord V kepada kord ke-VII sebagai prasedia kepada tonik. |
Edwardian style | stail Edward | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang popular pada zaman pemerintahan Raja Edward ke VII, iaitu dari tahun 1901 hingga 1910. Antara fesyen yang popular adalah gaun sama sendat, kot sut, topi hat, topi besar berhias, sut jaket wanita, dipopularkan semula pada pertengahan tahun 1960-an. |
numeral | angka | Matematik | Tiada | Simbol untuk mewakili sesuatu nombor. Misalnya, angka Roman ialah I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan angka Hindu-Arab ialah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ... |
enforcement action | tindakan penguatkuasaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan bukan ketenteraan atau menggunakan ketenteraan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh tindakan bukan ketenteraan termasuklah gangguan hubungan ekonomi dan komunikasi, dan pemutusan hubungan diplomatik. Contoh tindakan menggunakan ketenteraan ialah melancarkan perang terhadap negara penceroboh. |
prothrombinokinase | protrombinokinase | Perubatan | Tiada | Enzim yang penting dalam pengentalan darah, terdapat dalam serum tetapi tidak dalam plasma, berfungsi dalam pembentukan tromboplastin ekstrinsik. Sinonim: faktor VII, prokonvertin, protrombinogen. |
herpes virus | virus herpes | AIDS | Tiada | Sekumpulan virus yang terdiri daripada virus herpes simpleks, virus varisela-zoster, virus Epstein-Barr, sitomengalovirus, virus herpes manusia VI, VII, dan VIII. |
oxalic acid | asid oksalik | Kimia | Biokimia | Hablur tanpa warna dan lut sinar yang terdapat dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan diperoleh melalui pelakuran debu gergaji dengan kalium manganat (VII) pada suhu 220?C. Asid ini digunakan sebagai reagen analisis dalam pewarnaan dan percetakan kaliko, pelunturan warna kulit dan jerami, penyingkiran cat atau varnis, dan sebagainya. |
Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
antihemophilic globulin | globulin antihemofilia | Perubatan | Tiada | Globulin yang terdapat di dalam plasma yang diperlukan dalam penggumpalan darah. Faktor ini didapati kurang di dalam serum pesakit hemofilia. Sin: faktor VII |