anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
literal vision | visi literal | Kesusasteraan | Tiada | Paras makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata. |
vision | visi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | , Lihat wawasan. |
tragic vision | visi tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
comic vision | visi komedi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
charismatic leader | pemimpin karisma | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti visi, daya usaha, iltizam, peribadi unggul, dan ejen perubahan untuk mempengaruhi. |
policy paper | kertas dasar | Komunikasi | Korporat | Maklumat bertulis mengenai sesuatu isu atau persoalan yang mewakili falsafah, misi, visi, undang-undang, peraturan, dan catatan keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Maklumat bertulis ini berfungsi sebagai alat menjelaskan proses perancangan, pergerakan, dan tindakan sesebuah organisasi mengenai isu atau persoalan yang melibatkan kepentingan organisasi berkenaan. |
administrative organisation | organisasi pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang ditubuhkan untuk mengurus hal ehwal pentadbiran secara sistematik dan mempunyai visi, misi serta hala tuju yang jelas untuk mencapai matlamat. Badan ini merangkumi satu struktur yang autoritatif dan melibatkan hubungan personel dalam satu sistem pentadbiran. Majikan bertanggungjawab memberikan perintah dan arahan kepada pekerja untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran organisasi dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. |
organisational strategy | strategi organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Teknik, kaedah dan perancangan rapi yang dibuat oleh organisasi berdasarkan matlamat, misi dan visi yang ingin dicapai. Strategi yang diatur oleh sesebuah organisasi melibatkan proses perancangan yang efisien, tanpa mengira proses itu bersifat jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang. Dalam menggariskan strategi organisasi, beberapa faktor persekitaran dalaman seperti saiz organisasi, kedudukan kewangan, pekerja, hubungan pekerja dengan majikan merupakan elemen penting. Selain itu, faktor persekitaran luaran organisasi seperti pelabur, pelanggan, kedudukan ekonomi, politik dan sebagainya juga mempengaruhi strategi organisasi. Kemantapan strategi yang diatur akan menjurus kepada peningkatan daya produktiviti dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. |
administrative leadership | kepimpinan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Barisan pemimpin yang memegang tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan misi, visi, matlamat dan objektif organisasi. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab merancang, merencana, mengurus, menyelaras dan mengawal segala perjalanan organisasi. Seseorang pemimpin perlu menjadi suriteladan yang baik kepada orang bawahan. Keberkesanan seseorang pemimpin bukannya terletak pada kuasa mutlak ataupun perundangan yang ada padanya tetapi bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mendorong, merangsang dan menggembeling sepenuh tenaga kerja, kepakaran dan infrastruktur yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pentadbiran yang baik perlu mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan arah tuju yang perlu diikuti. |