compound volcano | volkano majmuk; gunung berapi majmuk | Geologi | Tiada | Volkano yang terdiri daripada kompleks dua lohong atau lebih atau volkano yang mempunyai kubah volkano yang bersekutu, sama ada di dalam kawahnya atau di rusuknya. |
volcanic mudflow | lahar volkano; aliran lumpur gunung berapi | Geologi | Tiada | Aliran lumpur volkano menuruni cerun volkano. |
volcanic focus | fokus gunung berapi; fokus volkano | Geologi | Tiada | Pusat keaktifan di rantau volkano atau di bawah volkano. |
volcanic breccia | breksia gunung berapi; breksia volkano | Geologi | Tiada | 1. Batuan piroklas yang terdiri daripada serpihan volkano bersudut yang bergaris pusat lebih besar daripada 64 mm dan mungkin atau tidak mempunyai matriks. 2. Batuan yang mengandung serpihan bukan volkano dalam matriks volkano. |
explosion crater | jenahar letupan | Geologi | Tiada | Kawah volkano yang terbentuk akibat peledakan volkano yang biasanya terbentuk di sepanjang zon rekahan di rusuk volkano yang besar, dan kadang-kadang terdapat di puncak volkano. |
volcanic agglomerate | aglomerat volkano | Geologi | Tiada | Bahan volkano yang kasar, terhasil oleh peledakan, tidak terstrata, dan terdapat di leher atau paip volkano yang berusia tua. |
volcanic cloud | awan volkano | Geologi | Tiada | Awan gas volkano bersama abu dan serpihan piroklas yang lain, yang terbentuk oleh peledakan volkano. |
volcanic tuff | tuf gunung berapi; tuf volkano | Geologi | Tiada | Abu volkano terkonsolidat yang terdiri daripada serpihan yang dihasilkan secara langsung oleh letusan volkano. |
volcanic pipe | paip volkano | Geologi | Tiada | Konduit tegak yang menembusi kerak bumi di bawah volkano tempat laluan bahan magma, biasanya terisi dengan breksia volkano dan serpihan batuan yang lebih tua. |
volcanic | volkano;gunung berapi (am) | Geologi | Tiada | 1. Berhubung dengan kegiatan, struktur, atau jenis batuan sesuatu volkano. 2. Berhubung dengan batuan igneus yang terlecit dari volkano. |