retreat | wacana harmoni | Pentadbiran | Tiada | 1, Di Malaysia, Wacana harmoni merupakan mesyuarat perancangan di luar pejabat (kawasan peranginan) yang turut menyelitkan aktiviti santai (berkaitan perniagaan, perkhidmatan/pentadbiran awam). 2. Peringkat di antara muzakarah dan perancangan strategik. 3. Konsep ukhuwah, intim. |
political discourse | wacana politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya. |
semantic | semantik | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
orientalism | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 be |
discourse | wacana | Linguistik | Tiada | Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang dijadikan bahan analisis linguistik. |
discourse | wacana | Pendidikan | Tiada | Tiada |
discourse | wacana | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
indirect discourse | wacana tak langsung | Linguistik | Tiada | Tiada |
direct discourse | wacana langsung | Linguistik | Tiada | Ujaran sebenar penutur, yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. |