Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar tempat berhenti sebentar (mem­baca dll), jeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sedekah, hadiah, derma, sumbangan, pemberian;,
Kata Terbitan : mewakafkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charitable waqfwakaf khairiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.
subsitute property waqfharta wakaf badalEkonomiEkonomi IslamHarta baru yang diperoleh dan digunakan bagi menggantikan harta wakaf asal dalam proses istibdal wakaf. Harta wakaf ini diperoleh melalui tukaran atau pembelian daripada wang hasil jualan harta wakaf yang asal. Nazir wakaf mestilah memastikan bahawa manfaat harta wakaf badal lebih besar daripada manfaat harta wakaf yang asal.
ruqba waqfwakaf ruqbaEkonomiEkonomi IslamSejenis wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia terlebih dahulu daripada wakif maka harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif. Sebaliknya, jika wakif meninggal dunia terlebih dahulu maka harta tersebut kekal menjadi harta wakaf penerima wakaf.
combined waqfwakaf musytarakEkonomiEkonomi IslamWakaf apabila manfaatnya dibahagi kepada dua bahagian, iaitu wakaf khairi dan wakaf zurri. Contohnya, wakaf tanah pertanian yang sebahagian daripada hasilnya ditujukan untuk anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Sinonim wakaf bercampur.
waqf acceptormauquf ''alaihEkonomiEkonomi IslamPihak yang diberi hak untuk menerima manfaat daripada sesuatu harta wakaf. Penerima wakaf boleh terdiri daripada ahli keluarga untuk wakaf zurri atau bukan ahli keluarga wakif untuk wakaf khairi. Penerima wakaf bukan ahli keluarga boleh terdiri daripada golongan khusus seperti anak yatim, fakir dan miskin atau golongan umum seperti orang awam. Anak yatim dianggap golongan khusus untuk menggunakan harta wakaf di pusat penjagaan mereka, manakala orang awam dianggap golongan umum semasa menggunakan masjid yang diwakafkan. Penerima wakaf boleh juga terdiri daripada kafir zimmi tetapi bukan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Terdapat beberapa golongan yang tidak layak menjadi penerima wakaf seperti bayi yang belum lahir, orang yang dijangka akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat atas sebab-sebab tertentu dan institusi yang akan memberhentikan operasinya. Sinonim penerima wakaf.
waqf propertymauqufEkonomiEkonomi IslamHarta yang diwakafkan oleh wakif kepada penerima wakaf tertentu. Harta wakaf mestilah dimilik oleh wakif, mempunyai nilai dan bersifat kekal seperti harta tetap supaya boleh menghasilkan manfaat jangka panjang kepada penerimanya. Mauquf juga boleh berbentuk modal kewangan yang boleh dilaburkan dalam aktiviti ekonomi kurang risiko supaya memperoleh keuntungan berterusan untuk diagihkan kepada penerima yang telah ditetapkan. Mauquf terbahagi kepada beberapa jenis bergantung pada jangka masa, kegunaan dan penerima wakaf. Dari segi jangka masa, mauquf boleh berbentuk wakaf kekal atau wakaf sementara. Penggunaan wakaf boleh berbentuk wakaf khas atau wakaf umum, manakala penerima wakaf boleh berbentuk wakaf khairi atau wakaf zurri. Sinonim harta wakaf.
cash waqfwakaf tunaiEkonomiEkonomi IslamWakaf dalam bentuk wang tunai oleh seseorang individu atau sekumpulan individu untuk mencapai matlamat wakaf berkenaan. Wang dana wakaf yang terkumpul boleh digunakan untuk membeli harta tetap atau dilaburkan oleh nazir supaya mendatangkan manfaat yang berterusan. Tujuan utama wakaf ini diwujudkan adalah untuk membolehkan lebih ramai orang menyumbang atau memberi wakaf secara kolektif tanpa membebankan mereka. Semua ulama mazhab telah mengharuskan wakaf tunai ini walaupun justifikasi mereka agak berbeza antara satu dengan yang lain. Contoh wakaf tunai ialah saham wakaf dan takaful wakaf.
umra waqfwakaf umraEkonomiEkonomi IslamWakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif atau warisnya. Contohnya, wakif berkata, “Saya wakafkan rumah ini kepada engkau selama mana engkau masih hidup”.
foot waqfwakaf kakiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai berdasarkan keluasan kawasan harta wakaf. Wakif akan membayar harga harta wakaf mengikut keluasan yang dinyatakan. Ukuran keluasan yang digunakan adalah dalam ukuran kaki persegi dan harga harta untuk setiap kaki persegi tersebut ditentukan oleh nazir. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menggunakannya bagi membeli harta wakaf berkenaan. Wakaf kaki juga dikenali sebagai wakaf hasta atau wakaf lantai. Wakaf ini biasanya digunakan untuk mendapatkan data bagi pembinaan masjid dan madrasah.
waqf sharesaham wakafEkonomiEkonomi IslamWakaf dalam bentuk saham yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai yang ingin membuat sumbangan wakaf berdasarkan jumlah yang tertera pada saham berkenaan. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menguruskannya bagi menghasilkan pendapatan atau manfaat yang berterusan selaras dengan objektif wakaf itu diwujudkan. Wakif tidak menerima keuntungan atau dividen daripada saham wakaf itu, sebaliknya keuntungan tersebut diserahkan kepada nazir untuk diberikan kepada penerima wakaf. Contohnya, Saham Wakaf Johor, Saham Wakaf Melaka dan Saham Wakaf Selangor yang masing-masing dengan nilai minimum RM10 seunit.
123456

Kembali ke atas