representative government | kerajaan perwakilan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan. Kerajaan ini perlu peka kepada kehendak orang ramai kerana ia boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya wakil-wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia. |
legislative body | badan perundangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. |
Palestine Liberation Organization (PLO) | Pertubuhan Pembebasan Palestin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1964 di Mesir sebagai wakil hal ehwal rakyat Palestin. Pertubuhan ini diketuai oleh Yasser Arafat sejak tahun 1969. Beliau merupakan ketua kumpulan al-Fatah, iaitu salah sebuah kumpulan dalam organisasi tersebut. Di bawah kepimpinan beliau, taktik perjuangan pertubuhan ini telah bertukar daripada penggunaan senjata kepada kaedah rundingan atau diplomasi. Selepas Perang Teluk (1991), pertubuhan tersebut mula menerima kewujudan Israel dan mengadakan rundingan dengan negara tersebut. Persetujuan Oslo (1973) yang ditandatangani di White House bersama Presiden Clinton melahirkan autoriti kuasi-kerajaan Palestin yang memberi kuasa kepada pertubuhan tersebut untuk mengawal 40 peratus daripada Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Sinonim PLO. |