Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl; ~ hati sedih (pilu) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advertising budgetbelanjawan pengiklananKomunikasiKorporatSejumlah wang yang disedikan oleh pengiklan untuk tujuan pengiklanan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan jumlah yang sesuai bagi sesuatu belanjawan pegiklanan, iaitu bergantung pada: (i) Keadaan pasaran dan bentuk persaingan yang wujud pada sesuatu masa. (ii) Orientasi dan jenis perniagaan. (iii) Jumlah modal operasi perniagaan. (iv) Sikap dan tanggapan pihak pengurusan organisasi terhadap pengiklanan. Belanjawan pengiklanan dirancang dan disediakan berdasarkan tempoh belanjawan yang ditentukan oleh sesebuah organisasi.
Islamic accepted bill-imports (IAB-Imports)bil boleh terima Islam-importEkonomiEkonomi IslamDokumen arahan oleh pengimport kepada bank supaya membayar sejumlah wang kepada pihak ketiga (bank pengeksport) bagi tujuan pembelian barang import. Mekanisme yang terlibat dalam penerbitan dan penyelesaian bil ini adalah seperti yang berikut: i. Pengimport membuat arahan kepada bank untuk membeli barang import daripada pihak ketiga. ii. Bank menerima arahan dan membeli barangan daripada pihak ketiga dan membayarnya sekali gus. iii. Bank menjual semula barang berkenaan kepada pengimport pada harga dipersetujui secara hutang yang akan matang bagi tempoh 30 hari, 60 hari atau 90 hari. iv. Pengimport membayar kepada bank seluruh harga jualan yang dipersetujui pada tarikh matang bil. Bank boleh memperoleh keuntungan daripada instrumen ini melalui jual beli secara murabahah.
junk foodmakanan rapuMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan yang kurang sesuai untuk kesihatan dan mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut: (i) Mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan dan tidak berpadanan dengan nilai wang yang dibelanjakan; (ii) mengganggu cara amalan tradisional atau cara pemakanan yang baik dan boleh memberi kesan buruk atau keadaan malnutrisi; (iii) mengganggu kesihatan disebabkan kandungan garam, gula dan kanji yang tinggi dan sedikit serat; (iv) membahayakan kesihatan pengguna disebabkan mengandungi bahan kimia, bahan tambah, atau bahan awet. Contoh makanan rapu ialah makanan snek dan gam kunyah.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.

Kembali ke atas