Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ngi.wa.ngian] | واڠي-واڠين

Definisi : segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ngi.wa.ngian] | واڠي-واڠين

Definisi : segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wangi (adjektif)
1. Bersinonim dengan harum: sedap baunya, resi, raksi,
Berantonim dengan busuk

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terkenal, terkemuka, termasyhur, terbilang, terpandang, ternama, tersohor,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mewangi, wangi-wangian, kewangian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromatherapyaromaterapiHerbaFitokimiaKaedah penjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu. Aromaterapi merupakan kaedah rawatan yang lembut dan holistik yang bertujuan untuk merawat keadaan fizikal dan emosi individu. Aromaterapi berpegang pada prinsip bahawa cara yang paling berkesan untuk merawat penyakit dan meningkatkan sistem imun tubuh adalah apabila minda dan tubuh badan berada dalam keadaan harmoni. Kaedah rawatan aromaterapi adalah seperti urutan, mandian wap dan pemakaian wangi-wangian daripada minyak pati asli.

Kembali ke atas